KEBANYAKAN pusat beli-belah atau pasar raya di Malaysia dilengkapi dengan kemudahan surau untuk pengunjung yang beragama Islam.
Malah, kebiasaannya mereka turut menyediakan kemudahan seperti sejadah, kain pelikat serta telekung untuk digunakan orang ramai secara percuma.
Di aplikasi Thread, seorang wanita berkongsi kisahnya yang berdepan halangan untuk menunaikan solat di sebuah pasar raya di Rawang, Selangor.
Banyak pasar raya di Malaysia menyediakan surau buat pengunjungnya. -Gambar hiasan
Dakwa wanita itu, dia kesal kerana ada individu lain menggunakan telekung yang disediakan oleh pihak pengurusan surau berkenaan dalam tempoh yang lama.
"Adakah common sense perlu diajar? Ceritanya begini. Saya terkejar untuk solat Asar dekat surau sebuah pasar raya.
"Masuk-masuk surau, tiada telekung yang boleh dipakai. Jadi saya tunggu sekejap. Saya perasan ada seorang wanita pakai telekung yang disediakan pihak surau pasar raya ini.
Kau pentingkan diri sendiri, ‘terpaling’ nak tunggu waktu Maghrib.
PENGADU
"Dia duduk bermain telefon. Mungkin nak tunggu untuk sambung solat Maghrib terus," cerita wanita itu.
Menurutnya lagi, wanita berkenaan sepatutnya bertimbang rasa dengan pengunjung lain yang mahu menggunakan kemudahan sama.
"Tak salah tunggu Maghrib, tapi boleh tak kau toleh belakang tengok orang dah ramai tengah tunggu telekung available sebab nak solat Asar?
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tegur sikap buruk suka ‘cop’ saf dalam surau sempit, letak telekung buat tanda... Lepas solat tak reti bangun, nak mekap dulu!
ARTIKEL BERKAITAN: Surau ‘apartment’ jadi saksi, wanita beranikan diri tumpang tidur... Ambil keputusan lari rumah lepas merajuk dengan suami
"Kau pentingkan diri sendiri, terpaling nak tunggu waktu Maghrib," tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen turut memberi nasihat kepada pengadu.
Menurut netizen, pengadu sepatutnya boleh menyelesaikan masalah itu dengan mudah jika dia berani menegur perbuatan wanita berkenaan.
Umat Islam wajib menunaikan solat walau di mana pun mereka berada. -Gambar hiasan
"Bukan salah dia sepenuhnya, sebab awak tak minta. Awak sendiri cakap dia main telefon. Mungkin dia tak perasan yang anda memerlukan telekung.
"Ini perkara kecil. Minta je la. Kalau saya pun tak ada nak toleh dan offer pada orang. Pandai-pandailah sendiri yang rushing nak kerja Asar.
"Dah tahu tak ada telekung lain, masih angkuh nak salahkan orang. Padahal boleh je tanya orang tu baik-baik," tulis netizen.
Namun, ada yang turut meninggalkan pesan agar semua individu bertimbang rasa dalam menggunakan kemudahan percuma di tempat awam.