suria

Prince Syed terkejut video isteri buka tudung tersebar, rupanya anak-anak main telefon! - “Masa tu dia teringin rambut cantik”

Syed membuat penjelasan mengenai video isterinya tidak berhijab.

KURANG 24 jam selepas netizen dikejutkan dengan rakaman isteri tidak bertudung, usahawan dan pempengaruh media sosial, Syed Muhammad Shah Hasif tampil menjelaskan apa yang berlaku.

Mengakui terkejut, dia yang dikenali sebagai Prince Syed berkata rakaman memaparkan isterinya, Fatin Syazwani ketika berada di sebuah salun tanpa bertudung adalah video lama yang ada dalam simpanannya.

Menjelaskan perkara itu kepada mStar, Syed berkata dia segera memadam video itu di TikTok selepas meraih lebih dua juta tontonan.

"Semalam saya dan isteri hadiri majlis rumah terbuka, kami tak bawa anak-anak.

"Telefon peribadi saya tinggalkan dekat rumah untuk anak tengok YouTube. Anak-anak saya pula 'gatal tangan' buka draft dekat TikTok.

Video sensasi itu dimuat naik secara tidak sengaja oleh anak-anak Prince Syed.

"Saya sangat terkejut dan sedih. Tak sangka pula jadi macam ni sampai video isteri saya nampak rambut tersebar," katanya.

Menurut Syed yang memiliki lebih 300,000 pengikut di TikTok, kejadian itu berlaku ketika dia dan isteri menghadiri majlis rumah terbuka di Setia Alam, Selangor.

Tambah bapa kepada dua cahaya mata itu, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai insiden berkenaan, kakaknya terus bergegas pulang ke rumah ibunya untuk memadam video tersebut di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Tudung dah ‘terbang’, isteri Prince Syed tayang rambut perang... Kepuk-kepuk didandan ‘stylist’ lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Aidilfitri paling makan modal! Influencer belanja RM1.5 juta untuk baju raya termahal dunia, bakal jumpa peminat di luar negara

"Bibik saya dah 'lari' jadi saya minta tolong mak mengasuh anak-anak. Saya pun tinggalkan telefon tu supaya tak menyusahkan mak saya masa jaga budak-budak tu. 

"Telefon saya dan isteri... dua-dua kami tinggalkan je dekat rumah mak. Masa kejadian saya tengah bergembira dekat open house.

"Tiba-tiba ada orang sampaikan pada saya tentang video tu. Kakak saya masa tu ada dekat majlis sama-sama. Dia terus balik ke rumah mak untuk tolong hentikan (turunkan) video tu," ceritanya.

Susulan daripada kekecohan yang berlaku, Syed berharap agar isu ini tidak terus diperbesarkan kerana ia berlaku tanpa sengaja.

Saya bukan suami yang bawa isteri ke lembah neraka.

SYED MUHAMMAD SHAH HASIF

Mengulas mengenai penampilan isterinya yang kelihatan tidak bertudung dalam video tersebut, Syed menjelaskan ia merupakan rakaman lama.

Katanya, video tersebut dirakam sekitar satu atau dua tahun lalu ketika isterinya ingin mengubah gaya rambut.

"Kalau boleh saya tak nak isu ini berpanjangan sebab benda yang jadi ni tak sengaja. Saya pun memang sentiasa menjaga aurat isteri saya.

Syed menegaskan dia sentiasa menjaga maruah isterinya sebagai wanita berhijab.

"Itu video setahun atau dua tahun lepas. Masa tu isteri teringin sangat nak rambut cantik. Sekarang isteri tak pergi salun lain selain salun muslimah demi nak jaga batas aurat.

"Saya bukan suami yang bawa isteri ke lembah neraka. Sekarang pun rambut isteri sudah berwarna hitam, bukan blonde (perang) macam dalam video tu," katanya.

Pada Sabtu malam, klip pendek memperlihatkan Fatin tidak bertudung ketika ditatarias oleh seorang pendandan lelaki di sebuah salun dikongsikan melalui akaun TikTok Prince Syed .

Penampilan itu mengejutkan ramai pihak memandangkan isteri kepada usahawan itu sebelum ini dikenali dengan imej berhijab.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain