suria

Suami pandang rendah lepas isteri berhenti bekerja... Asyik mengungkit, berkira sebab dah tak bantu sara famili

Isu kewangan sering kali menjadi punca perbalahan antara suami isteri. -Gambar hiasan

KEBANYAKAN golongan isteri memilih untuk bekerja bukan semata-mata kerana mengejar pencapaian mahupun kepuasan diri, sebaliknya ingin meringankan beban suami dalam menyara keluarga.

Ada yang bekerja mengikut bidang masing-masing, ada yang berniaga kecil-kecilan dari rumah, namun niat mereka tetap sama iaitu mahu meningkatkan ekonomi keluarga.

Begitu juga dengan seorang wanita ini yang berniaga kecil-kecilan untuk mencari pendapatan sampingan, namun kini tidak dapat meneruskan pekerjaannya selepas berpindah tempat tinggal.

Wanita bergelar seorang suri rumah sering dipandang rendah oleh orang lain. -Gambar hiasan

Siapa sangka, rupa-rupanya keadaan berkenaan mula membibitkan situasi kurang harmoni dalam perkahwinan apabila suaminya mula mengungkit seolah-olah dia tidak menyumbang pendapatan untuk keluarga mereka.  

"Bila suri rumah tak berduit ni kan, memang mudah ke suami nak hina dan rendah-rendahkan isteri? Sebelum ni berniaga, tapi bila pindah, dah tak dapat nak tong-tong duit untuk tolong dia. 

"So dia 100 peratus jadi provider. Dah mulalah nampak dia nak ungkit, nak berkira," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mahukan suami 'provider', jadikan bapa idola dicerca! BF bengang cadangan kongsi komitmen lepas kahwin ditolak

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji kecil tetap mahu jadi ‘provider’, tanggung semua perbelanjaan... Isteri bekerja dihalang bantu, guna wang untuk keluarga

Tambah wanita tersebut, suaminya juga disifatkan sebagai licik apabila mempamerkan imej seorang 'suami mithali' di hadapan orang lain sedangkan bersikap sebaliknya.

"Tapi kalau orang lain tengok dia, dialah terpaling baik, bagus, support anak bini. Tapi tak ada siapa tahu dia rendah-rendahkan isteri," luahnya.

Bukan enggan bekerja kembali untuk membantu suami, namun ujar wanita itu, percubaannya untuk mencari pekerjaan masih belum membuahkan hasil.

Tambah wanita itu lagi, dia mengakui pernah terdetik untuk membawa diri pulang ke kampung disebabkan tertekan dengan situasi yang dihadapi.

Haram dia mengungkit sebab suami provider isteri 100 peratus. Mana ada 50-50.

NETIZEN

"Wang simpanan saya memang habis terus. Saya dah berhenti bayar takaful. Saya nak sangat dapat kerja memandangkan bisnes saya memang tak jalan langsung sejak pindah. 

"Saya tengah buat keputusan nak jual barang kemas dan nak balik rumah ibu bapa. Tapi fikirkan anak-anak, saya kesian," luahnya lagi.

Di ruangan komen, warga maya meluahkan simpati terhadap situasi yang dihadapi wanita berkenaan selain menyifatkan suaminya sebagai lelaki yang tidak memahami tanggungjawab sebagai ketua keluarga. 

Netizen memberikan kata semangat buat wanita berkenaan. 

Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakannya dipermudahkan urusan untuk mencari rezeki.

"Haram dia mengungkit sebab suami provider isteri 100 peratus. Mana ada 50-50.

"Bukan sebab awak suri rumah dan tak berduit dia buat macam tu. Tapi sebab dia bukan lelaki yang ada mind set provider, dan dia yang tak tahu hukum agama. 

"Maaf cakap. Lelaki yang rasa dia lelaki, sangat happy provide untuk anak dan isteri sebab dia rasa itu adalah tanggungjawab dia," komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia