BERDEPAN kerugian merupakan antara risiko terpaksa ditanggung golongan yang berniaga, tidak kira kecil atau besar nilainya.
Dalam satu perkongsian, seorang wanita berkongsi kisah adiknya yang menjadi mangsa penipuan pelanggan semasa menjalankan perniagaan sarapan pagi.
Menurut wanita berkenaan, adiknya yang dikenali sebagai Efa mencari rezeki dengan berniaga hidangan sarapan pagi namun tidak menyangka akan ditipu dengan begitu mudah oleh pelanggan.
Harga makanan biasanya ditentukan peniaga. -Gambar hiasan
Efa menerusi perkongsian di status WhatsApp menceritakan tentang pengalamannya sebelum kakaknya membuat perkongsian semula di laman Thread dalam bentuk paparan skrin.
"Saya berniaga dalam pukul 11 pagi macam tu. Datang la seorang lelaki yang menggunakan kereta jenama Honda di gerai.
"(Pelanggan) Nampak bergaya, kerja bagus gamaknya. Nak makan di gerai katanya. Saya pun bagi la. Nak nasi tambah, lauk ayam goreng rempah. Dia tanya harga, saya jawab RM8.
"Lepas tu dia cakap nak daging rendang. Saya cakap tak apa la ambil dengan daging, nasi tambah dan ayam goreng. Jumlah RM10 je ye," tulis Efa.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak jadi bayar secara kod QR, malu juruwang tahu guna telefon Android - “Aib kalau pekung saya terbuka”
ARTIKEL BERKAITAN: Kena sindir beli 2 biji mangga guna QR... Pelanggan letak balik buah, terus angkat kaki! Kalau menjawab hanya tambah dosa
Jelas Efa, pelanggan lelaki tersebut mengambil sendiri lauk daging rendang dalam kuantiti banyak, melebihi harga RM2.
Lelaki berkenaan kemudian ingin membuat bayaran secara imbas kod QR dan selepas berbuat demikian, dia memberitahu Efa bahawa bayaran telah dibuat.
Disebabkan sistem bank tidak dapat diakses ketika itu, Efa hanya mengucapkan terima kasih dan membiarkan pelanggan itu pergi.
"Jumlah bukan macam makan RM2 dah daging tu. Memang banyak. Saya pun cakap tak apa la RM10 je. Kira rezeki dia la tu. Dia nak bayar secara QR (imbasan kod).
Pelik la macam mana dia sanggup bagi anak isteri makan benda haram.
NETIZEN
"Saya cakap boleh. Lepas cakap 'sudah bayar' saya pun cakap terima kasih. Kebetulan pula QR saya tu tak boleh nak log masuk.
"Tapi saya ingat lagi pukul berapa dia datang kedai. Pagi esoknya QR sudah boleh log masuk, saya semak dia tak bayar pun RM10 tu," kata Efa yang terkilan dengan taktik penipuan lelaki tersebut.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya simpati dengan nasib Efa.
Ramai meluahkan rasa geram terhadap pelanggan itu yang tergamak menipu peniaga kecil demi makanan percuma.
Peniaga perlu bersedia untuk tanggung kerugian. -Gambar hiasan
Malah ada juga yang berkongsi pengalaman serupa dan menasihatkan peniaga agar lebih berhati-hati ketika menerima bayaran tanpa tunai.
"Saya jual sarapan pagi juga, hujung-hujung (waktu berniaga) dah. Sibuk tapau orang infak 50 bungkus. Datang mamat ni tengok dalam kereta Perodua Ativa merah ada isteri dan bayi.
"Tak sangka apa-apa layan macam biasa je siap ada nasi tak ada sambal, anak kecil punya la kot. Masa bayar guna QR, dua kali pelanggan sebut nama akaun saya. Saya okay je.
"Tak syak apa-apa. Bila dah tutup kedai, tengok akaun QR terakhir pun tak masuk. Tak banyak pun RM10 je tapi pelik la macam mana dia sanggup bagi anak isteri makan benda haram," cerita seorang lagi netizen.