suria

Anak sakit, wanita minta izin nangis dalam kereta! Uncle Grab batal trip seterusnya untuk pujuk, siap belikan makan minum

Perkongsian seorang wanita mengenai kebaikan hati seorang pemandu Grab, menyentuh hati warga maya.

KADANG kala, kasih sayang hadir daripada individu yang tidak disangka-sangka.

Paling terharu jika bukan orang terdekat yang menunjukkan rasa kasih yang diharapkan, sebaliknya individu asing sehingga meninggalkan kesan cukup mendalam.

Demikian kisah dikongsikan wanita ini mengenai pertemuan dengan seorang pemandu e-hailing yang sangat baik hati, seperti seorang bapa melayani anak perempuannya.

Menurut wanita itu, pada hari kejadian, dia menempah e-hailing untuk melawat anak kecilnya yang dirawat di Hospital Wanita & Kanak-Kanak Kuala Lumpur kerana mengalami masalah pada otak. 

Wanita berkenaan berhasrat bertemu kembali dengan pemandu Grab yang pernah membantunya.

"Hasanah (anak) umur tujuh hari sedang kritikal di NICU. Daddy Hasanah baru pindah tempat kerja. Nak drive sendiri tapi baru je bersalin dan perjalanan ambil masa lebih kurang sejam. 

"Jadi pilihan terbaik, e-hailing. Dalam Grab, tahan menangis. Kemudian uncle tanya, are you okay? Nak saya tolong apa-apa tak?

"Kemudian saya cakap, saya nak minta izin tumpang nangis dalam kereta uncle boleh?" tulisnya dalam satu hantaran di TikTok.

Tanpa disangka, ujar wanita itu, pemandu berkenaan seolah-olah dapat merasai kesedihannya apabila dia bertindak memberikan kata-kata semangat yang menyentuh hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkejar dari kelas ke hospital sampai tak sempat makan, tapi layanan abang Grab memang tak disangka-sangka – “Siap offer kuih pau lagi!”

ARTIKEL BERKAITAN: Order Grab, suruh buat kerja bomba! Rider terkedu dapat kunci, 'ditugaskan' alih kereta dalam banjir

Tidak sekadar itu, pemandu berkenaan juga memandu perlahan untuk memberi peluang kepadanya menangis semahunya bagi melepaskan kesedihan ditanggung.

"Kemudian uncle cakap, saya cancel trip seterusnya okay. Saya faham anak kamu sakit tapi kamu juga sakit sebab baru melahirkan anak. Kamu kena jaga makan. Saya singgah sekejap belikan kamu makanan dan minuman panas ya.

"Uncle kata uncle faham sebab uncle pun ada anak istimewa. Kemudian uncle cakap, ada anak istimewa ni bukan salah kita, bukan juga salah anak kita tapi Tuhan yang pilih kita antara semua.

"Terus lagi menangis. Kata-katanya, simple tapi sungguh mendalam. Bila dah sampai hospital, uncle pesan jalan perlahan-lahan. Uncle pastikan saya betul-betul masuk, baru uncle gerak. 

Sesungguhnya Allah itu sangat baik, Dia jumpakan awak dengan uncle sebaik itu. 

NETIZEN

"Terasa macam kasih seorang ayah yang tengah hantar anaknya. Dah la saya ni memang dah tak ada ayah lagi. Sungguh, insan dan budi pekerti yang baik itu melangkaui batas dan agama," tulisnya lagi.

Dalam perkongsian itu juga, wanita tersebut turut memaparkan profil pemandu Grab berkenaan yang dikenali sebagai Lim Chee Woo yang sempat ditangkap layar (screenshot) daripada aplikasi e-hailing. 

"Anak saya dah selamat dibedah uncle. Uncle, saya tercari-cari kamu sebenarnya. Nak sangat jumpa uncle," tulisnya lagi pada video yang meraih lebih 17,000 jumlah tontotan itu. 

Perkongsian wanita itu turut menarik perhatian syarikat Grab.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut sebak dengan perkongsian menyentuh hati itu.

Selain mendoakan kesembuhan anak kecilnya, mereka juga mendoakan agar dia dipertemukan semula dengan pemandu Grab berkenaan.

"Sebaknya dada baca... Sesungguhnya Allah itu sangat baik, Dia jumpakan awak dengan uncle sebaik itu. 

"Allah hantar uncle tu untuk legakan hati awak. Betapa besar kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.

"Semoga dapat berjumpa uncle yang baik tu," demikian antara komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia