SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila bekas suaminya didakwa masih gagal memahami kehendak anak mereka yang sudah dewasa dan mampu membuat keputusan sendiri.
Menurut wanita itu proses mahkamah mengenai hak jagaan anak sedang berjalan tetapi bekas suami didakwa melibatkan pihak polis kerana anak mereka enggan mengikutnya pulang ke rumah.
"Tengah syok tidur dapat panggilan daripada inspektor polis, urusan anak yang tak nak pergi rumah ex (bekas suami).
"Untuk bekas suami, kenapa susah sangat nak faham. Anak sudah 17 tahun bila dia kata tak nak duduk dengan papa, jangan la nak paksa-paksa sampai melibatkan polis bagai," katanya yang membuat luahan di laman Thread.
Pergaduhan suami isteri boleh menjadi punca tekanan pada anak-anak. -Gambar hiasan
Dakwa wanita itu lagi, anaknya mengalami masalah depresi disebabkan sikap bekas suami dan isteri baharunya yang suka mendesak.
"Untuk pengetahuan, anak tu sampai jadi kemurungan disebabkan sering kena paksa dan kongkongan daripada papa dan ibu tiri selama duduk dengan mereka," tambahnya.
Bagaimanapun kata wanita itu, keadaan anaknya jauh lebih baik sejak berada di bawah jagaannya.
Malah, remaja itu tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan untuk merawat kemurungannya seperti mana yang berlaku ketika tinggal bersama bapa dan ibu tiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak bertelagah rebut rumah pusaka, tanah sekangkang kera... Wasiat ‘aneh’ tinggalan arwah jadi punca
ARTIKEL BERKAITAN: Balu anak 6 dihalau mentua ustazah, tak sabar nak faraid rumah tinggalan arwah anak... Langsung tak fikir kebajikan cucu OKU
"Semenjak dalam jagaan saya, anak tu sihat tanpa ambil ubat depression. Tolong la faham situasi anak, bagi dia fikir dan tentukan pilihan nak duduk dengan siapa," katanya.
Difahamkan, buat masa sekarang status terkini perbicaraan mahkamah menetapkan hak jagaan interim secara bergilir.
Dia tak fikir dengan sikap dia ni buatkan anak lebih tak nak dan tak suka.
BEKAS ISTERI
"Awak dah mulakan dengan kes mahkamah. Kita guna mahkamah untuk selesaikan isu anak yang tak nak duduk dengan awak.
"Tak kira la arahan hakim (giliran). Bila anak dah tak nak duduk dengan awak, mesti ada sebab," katanya lagi.
Wanita ini juga mendakwa anaknya juga sudah membuat laporan polis menyatakan keengganan untuk tinggal bersama bapanya.
Seorang anak boleh mengalami tekanan sekiranya sering didesak melakkan sesuatu tak disukai. -Gambar hiasan
Dia mengakui letih dan enggan lagi melayan isu sama yang berulang kerana merasakan anak mereka sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri.
"Dalam kes mahkamah dah, saya tunggu kes akan datang. Malas nak layan macam benda ni. Anak tu dah besar.
"Tak payah la dok paksa dan mendesak. Dia tak fikir dengan sikap dia ni buatkan anak lebih tak nak dan tak suka," katanya lagi.