suria

Rakan liat bayar hutang lepas sakan rai 'birthday' suami, belikan hadiah PS5! Pemberi pinjam tinggal RM20 sampai hujung bulan

Segelintir individu sanggup berhutang demi gaya hidup mewah. -Gambar hiasan

SIKAP baik kita kadang kala boleh makan diri sendiri!

Begitulah yang berlaku kepada wanita ini selepas memberi pinjam sejumlah wang kepada rakannya pada minggu lalu.

Malangnya, tanpa disangka, peminjam itu terus menyekat nombor telefonnya selepas dia bertanya tentang bayaran wang yang dipinjam.

"Ahad lalu (8 Jun), ada seorang kawan minta pinjam RM100, dalam akaun pula ada RM120 je.

Restoran steamboat sering menjadi tumpuan masyarakat masa kini. -Gambarhiasan

Restoran steamboat sering menjadi tumpuan masyarakat masa kini. -Gambar  hiasan

"Dia cakap nak bayar Jumaat (13 Jun), jadi aku bagi pinjam dan hidup dengan baki RM20 tu selama seminggu.

"Tiba-tiba dia mesej aku cakap gaji dah masuk tapi tak dapat nak bayar sebab terpaksa langsaikan hutang yang lain.

"Dia minta nak bayar selepas dapat gaji berikutnya," luah wanita ini menerusi satu hantaran di media sosial.

Jawapan yang diberikan rakannya itu membuatkan dia merenung nasib kerana tidak mempunyai wang untuk berbelanja sehinggalah mendapat gaji pada hujung bulan Jun.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal baik hati bagi pinjam duit, kawan tunjuk ‘lifestyle’ mewah liat bayar hutang - “Saya pula kena mengemis”

ARTIKEL BERKAITAN: Buat loan 60K bantu langsai hutang sahabat, tapi pengorbanan tak dihargai... Pemuda ini merana bayar bulanan bank

"Aku cuba sekali lagi minta dia bayar, tapi dia jawab tak ada sebab dah bayar komitmen semua.

"Kemudian dia marah aku, pesan supaya jangan kerap pinjamkan duit kat orang dan usaha cari duit," katanya lagi.

Menurut wanita ini, jawapan yang diberikan rakannya itu membuatkan dia terdetik untuk mengetahui gaya hidup dan aktiviti hariannya.

Justeru, dia melayari media sosial rakannya itu sehinggalah terjumpa posting beberapa gambarnya sedang menikmati hidangan di sebuah rerstoran steamboat viral bersama suami.

Sebelum bagi orang pinjam duit, ambil screenshot duit sendiri dalam akaun bank dan tunjuk dia. Kalau dia ada empati, dia akan tolak.

WARGA MAYA

Bukan itu sahaja, rakannya turut menghadiahkan suami konsol permainan video PS5.

"Dia post story birthday suami dia, pergi makan dan belikan PS5.

"Okay, dia dah block aku," ujarnya yang kesal dengan sikap rakannya itu.

Dalam pada itu, wanita ini turut mendedahkan punca dia dibelenggu masalah kewangan meskipun mempunyai kerjaya.

"Aku ni terjebak dengan ah long sebab suami aku yang tak guna. Dia punca duit aku tinggal RM200 untuk hidup selama 30 hari setiap bulan.

Warga maya turut bersimpati dengan nasibnya.

Warga maya turut bersimpati dengan nasibnya.

"Aku berhabis duit gaji sebanyak RM3,000 sebulan untuk bayar ah long, sepatutnya ini bulan terakhir bayaran dibuat dan berakhirlah masalah," tambahnya.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang simpati warga maya.

Bagaimanapun, ramai yang geram dengan dirinya kerana bermurah hati memberi pinjam wang meskipun tidak mempunyai duit untuk kelangsungan hidup sendiri.

"Sebelum bagi orang pinjam duit, ambil screenshot duit sendiri dalam akaun bank dan tunjuk dia. Kalau dia ada empati, dia akan tolak.

"Jangan pinjamkan kepada sesiapa lepas ni terutama apabila dah menyusahkan diri sendiri. Apabila orang nak pinjam, terus cakap 'samalah kita, aku pun tengah cari orang nak pinjam duit'.

"Tak sangka pula nasib macam tu, manusia zaman sekarang ni pelik-pelik, semoga Allah kurniakan rezeki yang lebih baik untuk puan," demikian antara nasihat warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia