RAMAI yang tidak mempercayai sihir sehinggalah mereka sendiri menjadi mangsa dan berdepan pelbagai perkara aneh.
Mendakwa diri pernah menjadi mangsa amalan kurafat itu, seorang guru lelaki meluahkan rasa sedih dan pilu apabila rumah tangga yang dibina musnah dipercayai gara-gara sihir pemisah.
Katanya, disebabkan berdepan masalah dalam perkahwinan, dia terpaksa 'melepaskan' isterinya.
Menurut guru ini, ketika mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz, dia ada memberikan ciri-ciri penghantar sihir yang mana ciri-ciri yang disebut ada pada seorang cikgu wanita di sekolahnya.
Makanan sering dijadikan 'pengantara' untuk ilmu hitam.
"Sabtu dan Ahad je hari yang paling aku gembira sekarang ni sebab cuti.
"Bayangkan dalam lima hari tu aku kena hadap muka perempuan yang dah musnahkan rumah tangga aku. Meja kami bertentangan kat bilik guru," luahnya menerusi satu hantaran di media sosial.
Perasaan benci terhadap guru wanita tersebut membuatkan lelaki ini turut membuat permohonan pindah sekolah.
ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sejawat tak puas hati ditegur, ‘tuju’ sihir melalui hidangan jamuan... Wanita sengsara selepas gugur
ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris cerai angkara sihir! Isteri mimpi kena tikam, muntah darah waktu mengandung... Tiba-tiba tangan suami bertukar hitam
Tambahan pula perawatnya mendakwa pelaku terbabit akan berusaha untuk mendapatkan dirinya.
"Perasaan meluat tu Allah je yang tahu. Tolonglah doakan aku supaya aku tak 'sangkut' dengan dia.
"Ustaz cakap lepas je orang yang hantar sihir pemisah ni berjaya pisahkan suami isteri, dia cuba untuk dapatkan sasaran dia pula.
Amalkan bismillah 5 pagi dan petang, sebelum tidur... minta perlindungan daripada Allah sentiasa.
WARGA MAYA
"Macam kes aku, dia memang 'target' nak aku," tambahnya yang masih menantikan permohonan pindah sekolah diluluskan jabatan.
Lelaki ini turut mendakwa bahawa dia kini melalui fasa pelik apabila sudah mula teringat-ingat guru wanita berkenaan dan menyukainya.
"Kita boleh rasa perkara tu, dari tak suka (guru wanita) sebelum ini, tiba-tiba rasa macam tersuka... rasa teringat-ingat pada dia.
Warga maya berkongsi tip dan amalan yang boleh dilakukan bagi mengelak sihir.
"Banyak lagi 'hint' yang diterima," katanya yang semakin bimbang dengan keadaan diri sendiri.
Di ruangan komen, warga maya tampil memberi nasihat dan sokongan supaya dia terus kuat.
Malah ramai yang mendoakan agar permohonannya untuk berpindah sekolah diluluskan.
"Ni mesti muka tak lawa sebab tu awak stres, aku pun pernah ada pengalaman sama dulu.
"Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan cikgu, ingat Allah selalu.
"Jumpalah guru besar minta tukar sekolah, cerita apa yang berlaku sementara nak dapat tempat baru, tukar tempat kat pejabat tu.
"Amalkan Bismillah 5 pagi dan petang, sebelum tidur... minta perlindungan daripada Allah sentiasa," demikian antara reaksi warga maya.