KISAH-kisah yang dipaparkan di media sosial mengenai penceraian berpunca daripada 'penyondol' (perampas), secara tidak langsung membuatkan kita berasa gerun jika rumah tangga sendiri dilanda masalah serupa.
Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita turut berkongsi kisah rumah tangganya yang diuji gara-gara kehadiran orang ketiga yang hanya berusia 19 tahun!
Menerusi hantarannya, wanita berkenaan turut berkongsi satu klip video ketika bersemuka dengan remaja perempuan berkenaan untuk meminta penjelasan.
Ramai wanita yang terkesan apabila pasangan mereka berlaku curang. -Gambar hiasan
Apa yang mengejutkan, gadis tersebut bukan sahaja berani membuat pengakuan malah menganggap apa yang berlaku adalah ujian buat dirinya.
"Benda dah jadi, tak boleh patah balik dah. Ya memang saya salah, saya berdosa dengan akak... Ya saya 'penyondol', saya minta maaf.
"Akak nak cakap saya 'penyondol' cakaplah, sebab semua orang ada dosa, ada silap. Mungkin ujian saya di sini yang Allah bagi untuk saya hadap," kedengaran suara gadis itu di dalam video yang dimuat wanita tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terpaksa jual tanah pusaka, kalah kes saman fitnah ‘penyondol’ hamil anak bekas suami... RM200,000 hilang sekelip mata!
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lega semua aset diletak atas namanya, yakin mentua ‘terkejut beruk’ jika suami meninggal... Penyondol pun tak ingin dekat!
Tambah wanita berkenaan, gadis itu sememangnya mengetahui status suaminya ketika kedua-duanya berkenalan.
Malah ujarnya, kes tersebut sudah diketahui oleh bapa gadis berkenaan yang kemudian bertindak menasihatkan si anak namun ia ibarat mencurahkan air ke daun keladi.
Justeru ujar wanita itu, perkongsiannya di laman sosial bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang lain khususnya yang bergelar isteri agar berhati-hati, dibimbangi gadis yang sama turut menyasarkan suami mereka.
Penyondol tu memang patut kena lempang. Yang laki pun sama je kena bubuh penampar.
NETIZEN
"Cuma nak pesan cuba check dekat akaun media sosial suami atau teman lelaki korang, ada tak si penyondol atau perosak rumah tangga orang ni dalam list followers diaorang.
"Bukan apa, risau suami atau teman lelaki korang kena sondol pula dengan dia. Nama dia R******, nama glamour R***," tulisnya sambal memuat naik tangkap layar akaun media sosial gadis berkenaan.
Sebahagian daripada komen netizen.
Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang pelbagai dengan ada yang memuji tindakannya bersemuka dengan gadis tersebut.
Namun dalam masa yang sama, mereka berpendapat wanita berkenaan juga perlu mendapatkan penjelasan suaminya kerana 'melayan' orang lain biarpun sudah beristeri.
"Muka macam ni pun laki akak nak layan ke? 'Penyondol' tu memang patut kena lempang. Yang laki pun sama je kena bubuh penampar.
"Nak dengar pengakuan penyodok pula. Dah tahu suami orang, apa alasan melayan penyondol tu?
"Kalau laki kau tak layan, benda tak kan jadi," demikian antara komen netizen.