SEORANG wanita berkongsi mengenai perkahwinan rakannya yang berakhir dengan penceraian selepas tidak pernah disentuh suami sendiri.
Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan memaklumkan bahawa rakannya itu mengenali lelaki itu yang kini sudah menjadi bekas suami menerusi satu aplikasi janji temu.
"Kawan saya ni kecil, montel, berkulit gelap dan comel... Suami dia pilih kawan saya yang bukanlah standard kecantikan tipikal bagi rakyat Malaysia," katanya.
Pendedahan mengenai hubungan terlarang suami atau isteri banyak dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan
Tambah wanita itu, dia menerima undangan ke majlis perkahwinan rakannya itu pada Jun tahun lalu namun tidak berkesempatan untuk hadir.
Tidak lama kemudian, dia mendapat tahu bahawa rakannya itu sudah bercerai pada Januari tahun berikutnya kerana suaminya bernafsu songsang.
Disebabkan tiada hubungan intim sepanjang lebih kurang lapan bulan berumah tangga, rakannya tidak perlu melalui tempoh idah selepas bercerai kerana masih dara.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri lawa, suami masih bernafsu songsang dengan junior di tempat kerja... ‘Anak ikan’ cepat rasa kasihan, tapi rapat bersebab
ARTIKEL BERKAITAN: Suami mengaku biseksual, suka lepak dengan kawan sejenis... Isteri sabar sebab nafkah zahir batin ‘A’
"Rupa-rupanya bekas suami dia gay (songsang). Kononnya kawan saya okay (tak kisah) kalau tak 'bersama' (sebagai suami isteri).
"Jadi kawan saya ni bercerai tanpa idah sebab masih anak dara. Bersyukur juga la (tak jalinkan hubungan intim) sebab takutnya terjangkit penyakit STD (penyakit kelamin)," katanya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita yang diceraikan.
Buat apa nak kahwin lepas tu sakitkan hati orang.
NETIZEN
Malah, ada juga yang mengecam tindakan lelaki terbabit kerana didakwa mempergunakan wanita untuk menutup orientasi seks terhadap kaum sejenis.
"Lelaki gay memang tak ada nafsu langsung dekat perempuan. Jadi yang mana perempuan nak hidup bebas sebagai wanita bujang yang berdikari, cari la lelaki gay untuk 'cover' (berselindung) dengan berkahwin.
"Buat apa nak kahwin lepas tu sakitkan hati orang. Kasihan kawan awak, mesti banyak impian lepas kahwin. Jadi gay yang kekal membujang la. Jangan rosakkan hidup anak orang," komen beberapa netizen.
Komen netizen di media sosial.
Sebagai peringatan bersama, hubungan sesama jantina adalah berdosa dan dilarang dalam Islam justeru setiap umatnya dilarang daripada mengamalkan hubungan ini.
Menurut seorang peguam Syarie, Fatiham Majidah, isteri yang diceraikan sebelum pernah disetubuhi sepanjang perkahwinan dikategorikan sebagai talak bain.
Maka wanita tersebut tidak perlu menjalani tempoh idah selama empat bulan 10 hari namun perkahwinan mereka tidak boleh dirujuk semula.