suria

Bayi meninggal dalam kandungan... Si ibu duduk sekejap waktu bekerja diarah bangun, mata bos 'melekat' di CCTV

Wanita hamil sering diberikan keutamaan dalam apa jua urusan. -Gambar hiasan

SETIAP organisasi pasti mempunyai polisi dan peraturan yang ditetapkan bersesuaian dengan tugas atau bidang kerja.

Penetapan itu dibuat bagi memastikan kelancaran operasi harian dan produktiviti di samping menjaga disiplin pekerja.

Namun begitu, garis panduan yang dibuat itu perlulah mengambil kira nilai kemanusiaan dan kebajikan termasuklah faktor keadaan pekerja seperti wanita hamil.

Golongan wanita bekerja untuk tingkatkan pendapat keluarga. -Gambar hiasan

Golongan wanita bekerja untuk tingkatkan pendapatan keluarga. -Gambar hiasan

Menerusi satu hantaran, seorang pengguna media sosial berkongsi kisah rakannya yang kematian anak dalam kandungan.

"Kawan aku hamil, kerja tak duduk.

"Kemudian dia ambil kerusi dan duduk sekejap, tapi bos aku nampak kat CCTV (kamera pengawasan).

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bersalin awal diberi surat tunjuk sebab… Pengurus tak puas hati gagal siapkan kerja sebelum cuti panjang

ARTIKEL BERKAITAN: Tak beritahu nak kahwin masa temuduga, HR 'sound' staf baharu! Menyesal ambil bekerja nanti hamil pula, tapi lain jadinya

"Bos hubungi dia dan cakap jangan duduk," ujarnya yang bersimpati dengan nasib rakannya itu.

Lebih mengundang rasa pilu, katanya, rakannya itu sedang sarat hamil tujuh bulan.

Menurut wanita itu lagi, dia percaya tindakan majikan mengakibatkan rakannya keletihan seterusnya kehilangan anak dalam kandungan.

Majikan tu macam boleh diambil tindakan, dalam kereta api pun ada keutamaan untuk wanita hamil.

WARGA MAYA

"Anak dia meninggal dalam perut, masa tu baru tujuh bulan," kongsinya lagi, tanpa memberitahu lokasi tempatnya bekerja dan tarikh kejadian.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Selain turut berkongsi pengalaman hampir sama, beberapa netizen turut tampil meluahkan rasa simpati.

Netizen turut bersimpati dan berkongsi tindakan yang boleh diambil terhadap majikan berkenaan.

Netizen turut bersimpati dengan nasib wanita berkenaan.

Ada yang mencadangkan supaya insiden tersebut dibawa ke muka pengadilan.

"Saman balik syarikat tu, asyik kita beralah dalam senyap je tak guna. Biar ia jadi pengajaran untuk mereka juga.

"Kedai mana  yang tak bagi pekerja dia duduk tu, kita boikot, jangan beli di situ, tak ada perikemanusiaan.

"Tempat saya kerja dulu pun tak boleh duduk, apabila nak duduk sekejap nanti ada yang perasan kita duduk lama. Memang ada je orang atasan yang tak bersimpati.

"Majikan tu macam boleh diambil tindakan, dalam kereta api pun ada keutamaan untuk wanita hamil," demikian antara reaksi netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia