suria

Wanita menyesal percaya kawan baik, terkejut anak 3 tahun ditinggal sendirian di lobi hotel! - “Suami aku nak cepat”

Golongan wanita gemar meluangkan masa bersama. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila anaknya dibiarkan sendirian di lobi sebuah hotel oleh rakan baiknya sendiri.

Berkongsi cerita, wanita yang ingin dikenali sebagai Mila berkata, pada masa kejadian dia terpaksa meninggalkan anaknya di bawah jagaan rakan kerana perlu menggunakan tandas.

Tanggapan bahawa anaknya akan dijaga dengan baik meleset apabila dia dipanggil pekerja hotel yang melihat anaknya bersendirian di lobi.

Malah dia tidak menyangka rakan baiknya akan meninggalkan lokasi hotel tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Golongan wanita gemar meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan baik mereka. -Gambar hiasan

"Pertama kali bawa anak keluar bersama-sama pada tahun lepas, masa tu aku layan anak dia dengan baik walaupun dia lukis atas lantai hotel bilik aku guna marker.

"Aku tapaukan ayam goreng untuk anak dia dan anak aku makan. Kemudian sampai tahap rampas mainan anak aku pun, aku ajar anak aku untuk mengalah.

"Masa dia nak balik, kami sama-sama turun dekat lobi sebab dia cakap suami dah gerak ke lokasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan baik berubah sikap, bisnes nasi ayam tak tahan lama... Rupanya makan hati, marah kena bahagi untung sama rata!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dianiaya 3 rakan di Bali, wang belanja RM1,000 habis dikikis! Paling sakit hati bagi alasan tak bawa beg duit

"Sementara tunggu, aku suruh dia tengokkan anak aku sebab ada kecemasan nak guna tandas. Tapi tiba-tiba pekerja hotel panggil aku cakap anak sendirian di lobi," luahnya dalam satu hantaran di media sosial.

Menurut wanita ini, lebih menambah rasa geram apabila rakan baiknya terus mendiamkan diri sehinggalah dia menghantar mesej pertanyaan.

Apa yang mengejutkan, rakannya seolah-olah tidak mempunyai rasa bersalah dengan insiden yang berlaku.

Kalau pasal anak, putuskan terus... ni berkaitan isu keselamatan anak-anak.

WARGA MAYA

"Dia tak hubungi atau mesej aku, pergi macam tu je. Masa tu orang ramai dekat lobi dan nasib baik Allah lindungi anak aku yang baru tiga tahun lebih ni.

"Aku terus mesej tanya kenapa tinggal anak aku sendirian, dia dengan tak ada perasaan terus balas... suami aku nak cepat, nak buat macam mana.

"Tak ada minta maaf kemudian cakap kalau anak aku sebaya anak dia yang setahun lebih, baru tak berani tinggal," tambahnya yang terkilan dengan sikap lepas tangan rakannya itu.

Netizen turut bersetuju dengan tindakannya untuk menyekat rakan baik yang tidak bertanggungjawab.

Netizen turut bersetuju dengan tindakannya untuk menyekat rakan baik yang tidak bertanggungjawab.

Dia yang cuba menegur sikap rakannya itu tidak menyangka akan disindir menerusi hantaran di media sosial.

Bagi mengelakkan pergaduhan berlarutan, dia kemudiannya mengambil langkah untuk menyekat dan memadam nombor telefon wanita itu.

Tindakan yang dilakukannya itu mendapat sokongan netizen.

Ramai yang menyatakan rakannya tidak mempunyai common sense dalam mengutamakan keselamatan anak-anak.

"Kalau pasal anak, putuskan terus... ni berkaitan isu keselamatan anak-anak.

"Sedih baca, tiga tahun tu belum faham bahaya, jika pekerja hotel tak perasan, siapa nak jawab kalau hilang? Tergamak sangat, sekurang-kurangnya call sebelum pergi.

"Ni bukan kawan kalau main tinggalkan anak orang, suami dia tak boleh ke tunggu sekejap," demikian reaksi warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia