KEHILANGAN pekerjaan sering kali menjadi titik permulaan kepada fasa paling sukar dalam hidup seseorang.
Di Thread, seorang lelaki berkongsi kisah peritnya yang diberhentikan kerja sehingga dia bergelut untuk meneruskan kehidupan kerana menghadapi masalah kewangan.
Menurut lelaki itu, dia merupakan antara pekerja yang dibuang selepas kontrak syarikatnya dengan kerajaan dilucutkan.
Lelaki yang bertanggungjawab akan melakukan apa sahaja demi kebahagiaan isteri dan anak-anak. -Gambar hiasan AI
"Izinkan aku meluah, kerana di sini (Thread) tempat aku dan isteri saling tak follow each other. Isteri tak tahu (kena buang kerja).
"Kontrak syarikat dengan kerajaan ada masalah. Jadi syarikat kecilkan jumlah pekerja. Aku akur (diberhentikan) tanpa pampasan.
"Dapat gaji 5 Julai, aku bayar komitmen dan simpan sikit. Baki tinggal RM190. Sambil tunggu approval jadi pemandu Grab, aku ke sana sini mohon kerja," tulisnya.
- Lelaki diberhentikan kerja selepas kontrak syarikat tamat.
- Rahsiakan hal itu daripada isteri, cuba mohon kerja baru.
- Anak sakit, rawat sendiri sebab tiada duit.
- Anak diserang sawan, kini tak sedarkan diri di hospital.
- Lelaki mohon doa dan kerja, terima sokongan netizen.
Tambahnya, tanpa pengetahuan isteri dia terus berusaha setiap hari untuk mencari pekerjaan baharu bagi menampung keluarga.
Dalam fasa sukar itu, dia sekali lagi diuji apabila anaknya jatuh sakit.
"Anak aku diuji demam panas. Sebelum ni ada klinik panel, namun sekarang tiada lagi. Semua tanggung sendiri. Pada awalnya monitor (anak) di rumah saja. Selepas dua hari, tiada perubahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Puas hati dapat 'lawan' bos sebab hina famili! Pelajar IPT kini dibuang latihan industri, takut nak beritahu penyelaras
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dibuang kerja anggap majikan jahat, tak hargai staf! Kini alami trauma berpanjangan, menangis setiap malam
"Aku nak bawa pergi ke hospital, tapi isteri tahan. Dia kata dia tiada duit, cukup-cukup makan je. Aku terus tertampar, tertunduk malu. Aku tak marah dia. Selama ini dia support aku.
"Dia yang bayar pengasuh, yuran sekolah dan separuh sewa rumah. Aku cakap kat isteri, tak apa, kita pergi hospital kerajaan. Isteri aku menahan lagi. Bimbang tiada duit kalau ditahan di wad," tulisnya.
Dia dan isteri terus memantau suhu badan anak di rumah, namun akhirnya terpaksa bergegas ke hospital selepas kanak-kanak itu diserang sawan.
"Malam tu terus monitor sendiri dengan ubat sedia ada. Namun suhu makin tinggi, 39-41. Esok pagi (Isnin), anak buat pertama kalinya sawan. Saya bergegas ke hospital. Di wad kecemasan, anak didatangi ramai doktor.
"Hingga saya tak nampak bayang anak saya dan diminta tunggu di luar. Rasa kesal, benci pada diri, nak marah, ayah tak guna. Ya semua rasa menyelubungi perasaan saat itu," luahnya lagi.
Kesihatan anak menjadi keutamaan ibu bapa. -Gambar hiasan AI
Di akhir perkongsian, lelaki itu berkata anaknya kini masih tidak sedarkan diri dan sedang dirawat.
Selain memohon doa orang ramai, dia turut 'mengiklankan' dirinya jika ada mana-mana individu yang mahu menawarkan kerja.
Di ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa simpati dan memberi kata-kata semangat buat lelaki itu.
"Ada benda kena kongsi dengan isteri, jangan buat diam. Hilang kerja ni isu besar. Tak salah beritahu isteri.
"Saya menangis baca kisah ini. Kesiannya awak. Moga cepat dapat kerja, anak dapat discaj. Jangan lupa solat.
"Awak bukan ayah tak guna. Awak hebat. Awak ayah yang tahu tanggungjawab," antara komen netizen.