TUDUHAN jenayah yang dihadapi membuatkan seorang remaja lelaki tidak dapat berfikir dengan waras dan bertindak rasional, sehingga dia mengaku bersalah.
Kisah remaja berusia 17 tahun itu diceritakan semula oleh kakaknya yang cuba mendapatkan bantuan serta nasihat daripada golongan profesional dari laman Facebook Tanya Peguam.
Menurut gadis ini, adiknya berdepan situasi mencemaskan apabila ditahan polis atas laporan pecah rumah yang membabitkan kehilangan tong gas.
"Adik saya ditahan polis atas laporan jenayah pecah rumah, hilang tong gas. Laporan itu dibuat oleh penyewa rumah ibu.
Kakak sentiasa membantu adiknya membuat keputusan. -Gambar hiasan AI
"Adik saya seorang yang lurus, bodoh-bodoh cerdik jadi dia mengaku salah.
"Dia balik rumah dengan tangan bergari bersama polis, tunjuk tong gas dan mesin pengisar milik nenek," dakwa gadis itu, menceritakan situasi yang berlaku.
Terkejut dengan tindakan adiknya, dia kemudian memaklumkan bahawa kedua-dua barang tersebut adalah milik neneknya.
Bagaimanapun, reaksi gelabah dan bimbang ketika itu membuatkan polis cuba menenangkan dirinya dan ahli keluarga lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis sedih mak ‘tarik’ muka, membisu tanda protes... Marah sangat tak beri adik lelaki RM500 nak berjoli di KL
ARTIKEL BERKAITAN: Adik syak abang layan mentua dengan teruk, punca kakak ipar tak hormat ibu
Tambah gadis itu lagi, dia bersyukur apabila polis yakin dan percaya dengan kenyataan yang diberikannya.
Namun katanya, adiknya yang bekerja sebagai tukang mesin rumput itu dalam kes berlainan mengaku pula tuduhan mencuri jam tangan, padahal ia dibeli bersamanya di pasar malam.
"Jam yang hilang tu jenama Gshock, jam yang dia mengaku curi adalah Rado yang dibeli dari pasar malam," tambahnya.
Macam kawan saya dulu, masuk dalam kena dua tiga tuduhan yang dia tak buat tapi dia mengaku. Memang aniayalah.
WARGA MAYA
Menyedari 'kelemahan' adiknya itu, dia berharap agar pemuda itu dapat 'diselamatkan' dari segala tuduhan yang dikenakan.
Malah dia bimbang sekiranya masa depan adik remajanya itu menjadi gelap kerana mempunyai rekod jenayah.
"Adik rasa kalau dia mengaku salah, dia akan terlepas dari semua masalah.
"Kami keluarga susah... adik kerja berniaga dan tak pernah ada rekod jenayah atau dadah," luahnya lagi.
Warga maya bersimpati dengan nasib adiknya.
Hantarannya itu membuatkan netizen yang pakar dalam bidang perundangan turut tampil berkongsi pandangan.
Ada yang memintanya mendapatkan khidmat peguam supaya dapat membuat laporan polis tambahan atau surat bantahan bahawa pengakuan dibuat bukan secara sukarela.
"Macam kawan saya dulu, masuk 'dalam' kena dua tiga tuduhan yang dia tak buat tapi dia mengaku. Memang aniayalah.
"Situasi ni macam adik saya, jenis lurus... tapi mak saya buatkan kad OKU (orang kurang upaya) untuk adik.
"Kalau adik mengaku sebab tertekan, boleh mohon peguam buat laporan polis tambahan.
"Cari punca macam mana adik boleh dijadikan suspek oleh polis," demikian reaksi warga maya.