suria

Tak pernah ziarah tangan kosong... Mesti bawa barang dapur, keperluan bayi! Lelaki syukur mentua faham susah anak, menantu

Hubungan antara mentua dan menantu perlulah harmoni. -Gambar hiasan

MENDAPAT mentua yang baik merupakan satu rahmat dan anugerah bagi sesiapa sahaja yang sudah berumah tangga.

Seorang lelaki menzahirkan rasa syukur dikurniakan mentua yang bukan sahaja sangat baik, tetapi pemurah.

Menurut lelaki berkenaan, mentua sentiasa membawa buah tangan ketika bertandang ke rumahnya termasuklah keperluan dapur dan barangan bayi.

Antara barang keperluan bayi yang dibawa mentuanya.

Antara barang keperluan bayi yang dibawa mentuanya. 

"Setiap kali mentua datang, mesti beli siap-siap susu dan lampin cucu-cucunya.

"Belum kira barang basah lagi," ujarnya ringkas menerusi satu hantaran di media sosial.

Baginya, jasa yang disumbangkan keluarga isterinya itu sangat besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu berhenti ambil hati mak mentua, 20 tahun layan baik langsung tak dihargai! Siap buat ‘drama’ pagi raya

ARTIKEL BERKAITAN: Mentang-mentang mentua baik, menantu jadikan kuli! Wanita bidas kaum sendiri goyang kaki balik kampung suami

Tambahan pula kos untuk barangan keperluan bayi pada masa kini bukanlah murah dan boleh mencecah ratusan ringgit.

"Sampai bila-bila pun tak akan mampu nak balas jasa. Semoga Allah permudahkan segala urusan mak dan abah. 

"Bersyukur sangat dapat mentua sebaik ini," luahnya lagi.

Seronoknya dapat mentua yang macam ni, lagi-lagi yang buat kita macam kawan.

WARGA MAYA

Dia turut berkongsi gambar barang keperluan anak-anaknya yang dibawa oleh pasangan warga emas tersebut.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Rata-ratanya menganggap dia seorang yang bertuah kerana mendapat mentua yang memahami kesukaran hidup anak menantu.

Netizen turut memuji sikap mentuanya yang baik dan prihatin.

Netizen turut memuji sikap mentuanya yang baik dan prihatin.

Malah ada yang mengakui zaman sekarang masih wujud mentua yang baik meskipun di media sosial dipenuhi dengan posting negatif berhubung kisah menantu dan mentua.

"Baik dan hebatnya mentua awak.

"Alhamdulillah, wujud lagi mentua yang baik di sebalik cerita mentua-mentua yang teruk dan pilih kasih.

"Seronoknya dapat mentua yang macam ni, lagi-lagi yang buat kita macam kawan.

"Mak mentua saya pun macam ni tapi dia jauh, jadi dia masukkan duit ke akaun sahaja sebab tahu anak lelaki dia sahaja yang bekerja," demikian antara reaksi warga maya.

Artikel Lain