suria

Isteri rasa terhina, suami muda 10 tahun asyik hina fizikal... Bentuk buntut, dada, bau ketiak semua tak tepati 'selera'

Suami sepatutnya memberikan kata-kata semangat kepada isteri, bukannya hinaan. -Gambar hiasan AI

BARU setahun melayari alam rumah tangga, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan terasa hati dengan sikap suami yang umurnya 10 tahun lebih muda.

Walaupun ramai menganggap dia lebih matang kerana faktor usia, wanita berusia 35 tahun ini mengaku sebenarnya masih tidak yakin dengan diri sendiri.

Lebih menyedihkan, suaminya yang berusia 25 tahun sering membuat komen sinis terhadap bentuk tubuhnya yang menyebabkan dia berasa terhina.

Wanita berbadan gempal sering menjadi mangsa sindirian. -Gambar hiasanWanita berbadan gempal sering menjadi mangsa sindirian. -Gambar hiasan

"Sebagai seorang perempuan yang lebih berusia dari suami, orang anggap aku lebih matang dalam hubungan.  

"Tapi tak pun, aku rasa aku seorang yang tak matang, sebab aku sangat bergelut dengan rasa tidak selamat dalam diri.

"Terutama bahagian tubuh dan rupa. Senang cakap tak cantik," luahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau 70kg pun, ada masalah ke?” - Pelajar praktikal sakit hati bos asyik ‘body shaming’, hina bentuk fizikal staf

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dikutuk gemuk! Orang ramai disaran jaga mulut, body shaming adalah jenayah... Pelaku boleh dipenjara

Menurutnya, dia sering menjadi sasaran sindiran suami yang seolah-olah memperlekehkan bentuk fizikalnya.

"Suami aku selalu cakap macam ni, kenapa buntut leper? Bahu godang (besar) macam akak bomba.

"Dia juga kata betis macam pemain bola, ketiak macam bau tawas dan muka tu pipi dah jatuh," ujarnya.

  • Seorang isteri terasa dihina oleh suami muda yang sering mengutuk fizikalnya

  • Sindiran suami menjatuhkan keyakinan diri si isteri

  • Wanita itu tertanya-tanya jika dirinya terlalu sensitif

  • Netizen memberikan sokongan dan nasihat agar suami menjaga kata-kata

  • Ada yang sarankan isteri balas semula jika suami terus bersikap toksik

Kata wanita itu, sindiran itu sangat menyedihkan dan dia bertanya adakah normal untuk dirinya terasa hati.

"Dah la tua, tak lawa pula tu. Aku kongsi ni sebab nak tanya korang semua, aku ni berlebih sangat ke atau terlalu sensitif?" katanya.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

Di ruangan komen, netizen memberikan kata-kata semangat dan menasihati pasangan suami isteri supaya menjaga tutur kata, terutama yang menyentuh soal fizikal. 

"Toksik betul, patutnya orang yang akan puji kita suami la. Tegur sikit sana sini OK je.

"Laki aku suka kompelin, rambut masamlah, badan bau kepamlah tapi aku tak ambil hati. Aku improve apa yang dia kompelin.

"Lepas ni kalau dia kutuk fizikal kau, kau buat perkara yang sama. Kau list kan semua kekurangan fizikal dia," antara komen netizen.

Artikel Lain