GENTING Highlands menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk menikmati pemandangan matahari terbit atau terbenam dari cerun bukit tinggi.
Namun, kehadiran pelawat yang tidak bertanggungjawab mencemarkan keindahan kawasan itu apabila mereka meninggalkan sampah sarap tanpa rasa bersalah.
Pemilik akaun TikTok Srsuperrocket1 meluahkan rasa kecewanya [Tonton Video] selepas melihat longgokan sampah yang ditinggalkan pengunjung di lokasi berkenaan.
Seorang lelaki membuat teguran kepada pengunjung menerusi sebuah hantaran video di TikTok.
"Ini pesanan je la, siapa budak-budak yang selalu suka healing, camping, suka lepak kat sini nak ambil view kan... at least kau datang, sampah kau bawa balik.
"Bawa beg plastik dan bawa balik sampah. Ini kau tinggalkan macam ni. Dah macam apa rupa tempat ni, memalukan," pesannya.
Dalam hantaran sama, lelaki itu berkata tiada guna pengunjung datang untuk menikmati udara segar jika lokasi itu dipenuhi dengan sampah.
- Genting popular untuk 'healing', tengok pemandangan.
- Pengunjung tinggalkan sampah seperti plastik dan bekas makanan.
- Netizen gesa kawasan dipagar untuk cegah pencemaran.
- Komen netizen timbulkan isu kelas, salahkan golongan B40.
"Orang datang nak lepak tapi ada sampah macam ni, bagi aku tak ada otak, bodoh la ceritanya.
"Kau datang nak healing, nak ambil udara segar, tapi depan kau sampah," ujarnya dalam video tular yang meraih kira-kira setengah juta tontonan itu.
Dalam video itu, jelas kelihatan pelbagai jenis sampah termasuklah plastik dan bekas makanan yang dibiarkan di cerun bukit.
ARTIKEL BERKAITAN: Jiran marah buang sampah merata, wanita bagi alasan ‘kerja’ anak autism - “Orang buang ni tak sihat”
ARTIKEL BERKAITAN: Guru kongsi kisah 'bayi tong sampah' nak cari ibu lepas SPM! Ada kes mak lari ikut pakwe, anak bagi rakan baca surat terakhir
Seperti dijangka, ramai netizen mengecam pengunjung tidak bertanggungjawab di ruangan komen, termasuklah yang mengaitkannya dengan golongan B40.
Malah, ada yang menggesa agar kawasan itu ditutup dengan pagar bagi mengelakkan masalah sama pada masa akan datang.
"B40 punya perangai sebab tu mampu camping je kat Genting. Kalau T20 dah sah-sah tidur hotel.
Ramai yang sanggup bersengkang mata demi melihat pemandangan matahari terbit di puncak bukit. -Gambar hiasan AI
"B40 memang perangai macam ni. Harap pengurusan tutup dengan pengadang je tempat ni.
"Aku jadi tak syok nak lepak situ. Nak buat video pun tak cantik, sumpah buruk.
"Baru hari tu aku sound geng B40 kelas belakang, rempit yang duduk healing sini tinggal sampah," tulis beberapa netizen.