suria

“OK bye KKM” - Dulu belajar di Rusia, doktor nekad 'resign' lepas ditukar ke Sabah... Tak sanggup lagi jauh dengan famili

Bertugas di hospital menuntut kesabaran yang tinggi. -Gambar hiasan AI

SEORANG doktor wanita meluahkan rasa kecewa selepas menerima penempatan tetap di Sabah sehingga mendorongnya membuat satu keputusan besar, iaitu berhenti kerja.

Menerusi hantaran di media sosial, pegawai perubatan itu memuat naik slip penempatan tetap yang menunjukkan dia telah ditempatkan di Klinik Kesihatan Ibu Anak Beluran, Sabah dan diminta lapor diri pada Oktober ini.

Menurut wanita itu, dia sudah berkahwin serta mempunyai anak berusia 11 bulan dan penempatan di kawasan pedalaman adalah sesuatu yang menyukarkan dirinya sekeluarga.

Tugas dan tanggungjawab berat dipikul staf perubatan dalam melayan kerenah pesakit. -Gambar hiasan AITugas dan tanggungjawab berat dipikul staf kesihatan dalam melayan kerenah pesakit. -Gambar hiasan AI

"Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya dah kahwin dan ada anak ye, suka hati nak suruh kita ke sana.

"Cuba fikir sikit kalau pergi sana, siapa nak jaga anak saya? Lagipun kami baru beli rumah sebab nak settle down.

"Lepas tu tiba-tiba kena pindah? Seronok ke? OK bye KKM," kata doktor berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sentiasa senyum ketika diperiksa... Doktor terkedu pesakit beri klinik ‘rating’ 1 bintang, berjela komen buruk - “Saya bukan bomoh!”

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu anak lelaki puas, mentua paksa menantu pakai ‘manik pengetat’ faraj... Doktor terkejut jumpa ketulan nanah dalam kemaluan!

Menjawab komen netizen yang mendakwa dirinya hanya tahu merungut dan tidak mahu berkorban dalam mencari rezeki, wanita itu menjelaskan perkara ini bukan soal tidak sanggup bekerja keras.

"Saya tak kisah sibuk. Saya pernah kerja di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tapi ini soal anak yang masih kecil. 

"Tanggungjawab saya bukan di hospital saja, tapi juga sebagai seorang ibu,” katanya.

  • Seorang doktor kecewa ditempatkan di Sabah kerana perlu berjauhan dengan keluarga.
  • Anaknya baru berusia 11 bulan dan dia baru membeli rumah.
  • Dia menegaskan isu bukan soal kerja, tapi tanggungjawab sebagai ibu.
  • Rayuan penempatan semula sukar diluluskan oleh KKM.
  • Doktor itu nafi pandang rendah terhadap Sabah, isu utama ialah jarak dengan keluarga.

Ringkasan ini dijana oleh AI

Membalas komen warga maya yang mendakwa dirinya 'meroyan' kerana ketika ditemuduga dalam bekerja sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan pekerjaan, doktor tersebut menafikan dia bersikap sedemikian.

"Interview apa ye? Mana pernah ada interview,” balasnya.

Perkongsian doktor yang kecewa ditukarkan ke Sabah.Perkongsian seorang doktor yang ditukarkan ke Sabah.

Bekas pegawai perubatan itu turut mendedahkan bahawa dia pernah belajar selama enam tahun di Rusia dan tidak mahu lagi berjauhan dengan keluarga.

"Memang tak nak berjauhan dari keluarga dah sebab kakak saya meninggal dunia masa saya study.

"Sebab tu saya tak nak jauh lagi. Saya dah rasa peritnya,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Beberapa warga maya turut menyarankan agar doktor tersebut membuat rayuan dengan KKM, namun dia menjelaskan bahawa proses tersebut bukanlah mudah.

“Boleh buat rayuan je, tapi nak dapat negeri yang kita mohon memang sangat susah,” dakwanya.

Dia turut menjelaskan alasan enggan ke Sabah tiada kaitan dengan pandangan netizen yang mendakwa dirinya melihat ia sebagai negeri yang teruk.

"Tak teruk pun, Sabah cantik saya pernah pergi. Isunya sekarang sebab saya kena berjauhan dengan famili tu je. Tak de pun nak kutuk mana-mana tempat," katanya.

 

Artikel Lain