SEORANG wanita meluahkan rasa tidak selesa apabila jiran yang pernah dibantu suka mengambil kesempatan dengan memintanya menghantar anak ke sekolah.
Menurut wanita itu, kisah bermula beberapa bulan lalu apabila dia bersetuju membantu menghantar anak jiran ke sekolah atas alasan berlaku kecemasan.
Namun, sejak itu permintaan tersebut menjadi semakin kerap dan ia sering dibuat pada saat akhir.
Lumrah hidup berjiran perlu saling mengambil berat. -Gambar hiasan AI
"Kadang kala bila dia dengar bunyi pintu pagar rumah buka, nampak dia kelam kabut berjalan datang rumah kita.
"Kita pula nak siapkan anak sendiri, nak hantar dia sesi petang. Dalam kereta tu dengan adik-adiknya lagi ikut ke sekolah," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gaji RM7,000 kongsi sisi hitam flat B40... 15 tahun hadap jiran masak ketum, kaki gaduh sampai kena lapor polis
ARTIKEL BERKAITAN: Datang nak tolong famili susah, berdesing telinga dengar jiran sindir bantuan - “Kak, TV boleh buat perut kenyang?”
Masalah semakin rumit kerana sekolah anak mereka tidak berada di laluan sehala, selain jirannya itu hanya duduk di rumah dan anaknya itu pula bersekolah menengah.
"Pernah berlaku suami terserempak dia cuba buka pagar rumah tanpa izin. Suami tengah tengok TV, ingat siapa, rupanya jiran dah selamba nak masuk tanya boleh tak hantar anak.
"Suami terus kata tak kan dalam rumah sendiri pun tak ada privasi? Mana boleh sesuka hati buka pagar orang," katanya.
- Jiran sering minta hantar anak ke sekolah secara tiba-tiba.
- Permintaan bermula sebagai bantuan kecemasan.
- Jiran pernah cuba buka pagar tanpa izin.
- Anak demam pun masih ditanya soal sekolah.
- Netizen nasihat agar lebih tegas elak dipergunakan.
Tambahnya, insiden terbaharu berlaku ketika anaknya tidak dapat ke sekolah kerana demam.
"Anak saya demam dan MC dua hari, jadi pesan la makanan dekat Grab. Bila buka pintu nak ambil pesanan makanan tiba-tiba dia datang.
"Saya jawab je, 'demam' kemudian terus tutup pintu," katanya.
Reaksi netizen
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang berpandangan mereka juga pernah berdepan situasi yang sama.
"Saya dah kena, sekali dua boleh senyum, tapi kali ketiga saya cakap saya ada urusan penting tak boleh hantar anaknya.
"Esok-esok awal saya cakap suami hantar anak naik motosikal. Kita lambat hantar, dia marah kita pula.
"Saya tengah lalui, saya tak suka dan jadi tak ikhlas. Minta ambilkan anak mereka tapi saya kena tunggu," antara komen netizen.