suria

‘Bestie’ nak pinjam 2K bercuti ke London, wanita sanggup beri duit faraid! Terkedu diri kena ‘palau’ lepas minta bantuan kecil

Ada segelintir individu yang tidak segan meminjam duit semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. -Gambar hiasan AI

PERIBAHASA 'kacang lupakan kulit' mungkin paling sesuai menggambarkan nasib wanita ini apabila kepercayaan yang diberi terhadap seorang sahabat baik dibalas dengan kekecewaan malah berasa diri dikhianati.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, dia tidak menyangka rakan yang pernah mengaku sebagai 'bestie' sanggup mengambil kesempatan terhadap dirinya hanya kerana wang.

"Dulu, saya pernah ada ex-kawan yang mengaku saya 'bestie' (sahabat). Masa tu saya ada dapat faraid arwah ayah, disebabkan kita 'bestie' kita kongsi la berita baik tu. 

Ada individu yang tidak berkira meminjamkan wang kepada keluarga atau kenalan kerana niat mahu membantu. -Gambar hiasan

"Bodoh kan aku... lurus sangat. Kemudian dia tahu, dia kata nak pinjam RM2,000 je sebab nak pergi London... untuk 'top-up' duit belanja dia dekat sana.

"Kita pun cakap, aku memang ada faraid tapi tak boleh bagi banyak. Bagilah dia pinjam RM1,000. Masa nak bayar tu dia 'liat', desak-desak Alhamdulillah raya pertama dia bayar RM1,000," kongsinya tanpa mendedahkan bila kejadian ini berlaku.

Dipendekkan cerita, wanita berkenaan berkata tanpa diduga setahun kemudian dia pula diuji dengan masalah kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: 43 tahun berkawan, BFF nazak dirahsiakan! Tahu-tahu dah meninggal, rakan lain beri alasan ‘jaga amanah’ arwah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal percaya kawan baik, terkejut anak 3 tahun ditinggal sendirian di lobi hotel! - “Suami aku nak cepat”

Dia cuba meminta bantuan kecil daripada sahabatnya itu yang pernah dibantu dulu, namun malangnya kena 'palau' (tak dilayan), menyebabkan dia sangat kecewa dan sakit hati.

"Masa tu dia ada 'business' dengan suami dia. Masa tu beritahu dia, nak minta tolong kalau dapat RM100 pun tak apa. 

"Dia tak balas langsung, dia 'ghosted' macam tu je. Sakitnya rasa! Dia pernah nak pinjam aku RM2,000 tapi sekurang-kurangnya aku bagi dia RM1,000 untuk dia ke London tau. Terkilan sangat," ujarnya lagi. 

  • Wanita ini berkongsi kisah rakan yang pernah mengakunya sebagai 'bestie' sanggup mengambil kesempatan terhadap dirinya.
  • Segalanya bermula apabila dia bercerita mengenai wang faraid yang diterima selepas kematian bapa.
  • Rakannya tanpa segan silu mahu meminjam wang kerana tidak cukup 'budget' untuk bercuti di luar negara.
  • Wanita tersebut meminjamkan wang berjumlah RM1,000 dan akhirnya terpaksa 'mengemis' hutang daripada rakannya itu.
  • Ketika tiba gilirannya mahu meminjam wang, rakannya tidak memberi respons sekali gus menimbulkan rasa terkilan dalam diri.

Lebih menyedihkan apabila dia mendedahkan rakannya itu sudah beberapa kali menunjukkan sikap sukar membantu apabila melibatkan wang dan dirinya juga sudah banyak kali terkena.

"Lepas tu, aku kumpul kekuatan tak kawan dah lagi dengan dia.

"Sorry aku tak dendam, cuma terkilan," luahnya lagi. 

Sebahagian daripada reaksi warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita tersebut dan menyokong tindakannya untuk menjauhkan diri daripada individu yang tidak tahu mengenang budi.

Ramai yang turut berkongsi pengalaman sama, apabila kawan yang selama ini dianggap sahabat sejati akhirnya menunjukkan 'warna' sebenar apabila melibatkan wang dan kepentingan diri.

Artikel Lain