PENDEDAHAN seorang ahli farmasi berhubung trend menggunakan 'morning pill' dalam kalangan mahasiswi mengejutkan warga maya.
Ramai meluahkan kebimbangan kerana pil berkenaan sinonim dengan golongan isteri yang cuba mengelak kehamilan setelah melakukan hubungan seksual tanpa 'perlindungan'.
Menerusi satu perkongsian video, pemilik akaun @pharmacarepharmacy mendakwa pembelian 'pil kecemasan' berkenaan oleh golongan pelajar telah berlarutan sejak 11 tahun.
Ramai wanita yang gembira menantikan kehadiran zuriat. -Gambar hiasan AI
"Farmasi saya ni berdepan dengan politeknik, ada kes yang request morning-pill walaupun belum berkahwin.
"Ada yang berterus terang minta ubat gugurkan bayi sebab dia dah lebih tiga hari (lakukan hubungan seksual).
"11 tahun dah, saya tak mampu untuk tegur dalam hati lagi," luahnya menerusi satu hantaran di TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong, saya takut” - Gadis gelabah hamil luar nikah, ramai suruh terus buka buku pink
ARTIKEL BERKAITAN: “Buat sekali je, tak sangka pregnant” - Doktor terkedu dengar jawapan remaja hamil luar nikah
Menurut wanita ini, dia turut dirundung rasa bersalah kerana tidak mampu menegur perbuatan terkutuk pelajar wanita yang juga pelanggan di farmasinya.
Justeru, dia berharap dengan perkongsian video ini dapat membantu mendidik generasi muda supaya lebih menjaga maruah dan kehormatan diri.
"Kadang-kadang rasa bersalah, tapi rasa 'helpless' sebab saya tak dapat buat apa sebagai farmasi.
- Ahli farmasi dedah pelajar beli 'morning pill' sejak 11 tahun lalu.
- Ramai pelajar minta pil walaupun belum berkahwin, ada juga nak gugurkan kandungan.
- Ahli farmasi rasa bersalah tapi tak mampu tegur secara terbuka.
- Perkongsian video bertujuan didik remaja jaga maruah & kesihatan.
- Netizen bimbang trend sosial makin teruk, minta ibu bapa pantau didikan anak.
"Selemah-lemah iman adalah menegur dalam hati, itu je yang mampu.
"Jadi, saya harap dengan perkongsian ini, dapat bantu adik-adik bahawa morning-pill akan membahayakan kesihatan," tambahnya.
Videonya turut dikongsikan beberapa pelayar lain yang turut meluahkan kebimbangan berhubung masalah sosial masa kini.
Antara reaksi netizen.
"Remaja-remaja dan pelajar institusi pengajian tinggi dah pandai beli morning-after pill untuk cegah hamil.
"Sibuk betul dengan romantic-study," ujar seorang netizen.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Rata-rata berharap agar ibu bapa lebih memberi perhatian kepada didikan agama anak-anak.
"Sebagai orang muda, aku harap perkahwinan dapat dipermudahkan.
"Saya yang dah 15 tahun berkahwin pun baru tahu kewujudan pil ni.
"Dari aku zaman universiti tahun 2017 lagi, dah berderet-deret kawan aku beli pil ni, tapi sekarang zaman TikTok, semua upload kat media," demikian antara reaksi warga maya.