SEORANG ibu meluahkan rasa kecewa terhadap sikap seorang guru yang didakwa tidak profesional selepas dia membuat laporan mengenai kes anaknya terlibat dalam pergaduhan di sekolah.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita berkenaan menjelaskan bahawa pergaduhan itu berpunca daripada ejekan rakan sehingga membawa kepada tindakan cabar-mencabar.
Susulan itu, dia mendakwa anaknya telah dicekik oleh murid lain.
"Baru-baru ni anak saya gaduh dekat sekolah, bermula dari kawan dia ejek-ejek, pastu cabar-cabar ajak bergaduh.
Tangkap layar perbualan yang dikongsikan seorang wanita.
"Siap cakap 'jom fight', lepas tu jadi gaduh dan anak saya kena cekik.
"Saya terus maklumkan pada guru besar, dah siasat jadi saya anggap kes ni dah selesai sebab guru besar selesaikan minta mereka bermaafan," ujarnya berkongsi cerita.
Menurut wanita ini, pelaku juga telah mengaku kesilapannya.
Namun selepas hari kejadian, dia terkejut apabila anaknya disindir oleh seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa ajar anak jadi pemalas, suruh cikgu ingatkan kerja sekolah! - “Senang saya minta siapkan awal”
ARTIKEL BERKAITAN: Isi ruang jawapan dengan soalan, cikgu terkejut pelajar Tingkatan 1 tak tahu membaca! Ramai persoal apa berlaku di sekolah rendah
"Anak balik cerita cikgu Sejarah dia cakap 'Kalau (bab) report kena cekik laju (mengadu), buat kerja sekolah lambat'," kata wanita itu.
Menganggap tindakan guru tersebut sebagai tidak profesional, dia kemudian bertindak menghantar mesej bertanyakan kewajaran guru tersebut berkata sedemkian.
Baginya, seorang guru tidak sepatutnya menyindir anak murid berhubung pergaduhan yang berlaku sehingga melibatkan isu keselamatan.
- Ibu kecewa guru sindir anak selepas buat laporan dicekik rakan di sekolah.
- Pergaduhan berpunca daripada ejekan dan cabaran 'jom fight' sesama murid.
- Kes dah selesai oleh guru besar, pelajar terlibat saling minta maaf.
- Tapi guru Sejarah pula sindir murid
- Netizen sokong ibu, kecam guru yang tidak profesional dan tak sensitif.
"Kes dah selesai, lagipun menjadi satu kesalahan ke anak saya report pada saya pasal kejadian dia kena cekik tu?
"Dia cikgu, sepatutnya lebih profesional dalam hal macam ni, kenapa nak kaitkan kerja sekolah dengan hal report kena cekik tu?
"Langsung tak ada kena mengena, saya pantang betul dengar ada cikgu macam ni, janganlah campur aduk hal macam ni dan bukan salah pun anak report," tambahnya lagi.
Antara komen netizen.
Menerusi hantaran yang dibuat, dia turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan guru terbabit serta mesej berhubung insiden anaknya dicekik.
Perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyokong ibu berkenaan, sambil mengkritik tindakan guru itu yang dianggap tidak beretika.
"Cikgu sekarang pun macam tu eh, cikgu zaman Gen Z ke macam mana ni? Main perli, itu dikira buli juga tu... cikgu buli pelajar.
"Agak terkejut tengok komen orang Malaysia, agak-agak la gaduh nak perli-perli sebab tak buat kerja sekolah, cikgu tu memang mulut puaka.
"Pada saya apa yang puan buat memang patut pun, senang je dah humble, apologize settle? Dia main dengan emosi orang tahu, aku tak rasa over memanjangkan isu ni sebab cikgu tu patut tahu 'limit' dia," demikian reaksi netizen.