RAMAI pelajar di Malaysia mula tinggal di asrama seawal umur 13 tahun demi menuntut ilmu dan dalam masa sama belajar berdikari.
Walaupun perkara ini sudah menjadi kebiasaan, namun ada ibu bapa beranggapan usia tersebut masih terlalu muda untuk berjauhan dengan keluarga.
Seorang wanita turut berkongsi pandangannya di Thread, menyatakan dia hanya akan membenarkan anak-anaknya keluar dari rumah selepas mereka berusia 18 tahun.
Pelajar dilatih untuk hidup berdikari di asrama. -Gambar hiasan AI
"Umur 13 hingga 17 tahun bukan masa yang sesuai untuk anak-anak sedang membesar berjauhan dengan keluarga dan duduk di asrama.
"Saya tak kisah kalau anda produk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan berjaya dalam hidup sekarang. Benda ni saya tak akan ubah fikiran dan akan pegang sampai mati.
"Selepas umur 18, anak-anak saya boleh lebarkan sayap dan keluar dari rumah," tulis wanita itu.
- Ramai pelajar mula duduk asrama seawal umur 13 tahun.
- Seorang wanita tak setuju anak berjauhan dengan keluarga pada usia muda.
- Dia hanya benarkan anak keluar rumah selepas capai umur 18.
- Dia berpendapat golongan remaja perlukan bimbingan ibu bapa.
- Netizen beri pandangan berbeza tentang topik ini.
Tambahnya lagi, golongan remaja sepatutnya berada di bawah jagaan ibu bapa dalam fasa peralihan usia mereka.
Malah katanya, dia juga melihat ramai individu yang pernah menetap di asrama tetapi tidak mahu membiarkan anak-anak mereka berjauhan dengan keluarga.
"Peralihan pra remaja ke remaja memerlukan banyak didikan dan tunjuk ajar ibu bapa.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak sekolah SBP malu dengan kawan-kawan, umur 13 tahun masih kencing tilam! - “Dia tak dapat kawal”
ARTIKEL BERKAITAN: Hantar anak ke asrama seawal tingkatan 1... Ramai bekas pelajar harap dapat putar masa, mahu betulkan satu perkara
"Berdasarkan pemerhatian, ada ibu bapa yang pernah sekolah berasrama, mereka biasanya tak mahu anak-anak masuk asrama juga.
"Macam suami saya, dia produk SBP pun tak setuju anak masuk asrama pada usia muda," tulis wanita itu lagi.
Di ruangan komen, netizen meluahkan pandangan berbeza-beza berhubung topik itu.
"Setuju. Walaupun saya sekolah asrama, tapi saya tak akan benarkan anak-anak duduk asrama.
Ramai pelajar gembira dapat bersama kawan-kawan di asrama. -Gambar hiasan AI
"Anak-anak saya enjoy duduk asrama. Anak yang kuat saja mampu survive di asrama. Yang manja kena duduk dengan mak ayah.
"Tapi ada budak yang memang nak duduk asrama, mereka nak lepaskan diri daripada ibu bapa.
"Kalau keluarga kurang mampu, adik beradik ramai, belajar pun bagus, saya rasa golongan pelajar macam ni paling sesuai tinggal asrama," antara komen netizen.