TIADA wanita menginginkan perkahwinan yang dibina berakhir dengan penceraian, apatah lagi berpisah dalam tempoh singkat selepas mendirikan rumah tangga.
Namun hakikat tersebut terpaksa ditelan oleh wanita ini apabila ikatan pernikahannya hanya mampu bertahan enam bulan selepas suami mengaku tiada rasa sayang terhadap dirinya.
Pasangan suami isteri tidak sewajarnya mempunyai rahsia. -Gambar hiasan
"Seumur hidup, tidak pernah terlintas di fikiran bahawa saya akan melalui fasa penceraian hanya selepas enam bulan perkahwinan.
"Kini, saya memegang gelaran 'janda berhias', satu gelaran yang datang bukan atas kehendak sendiri, tetapi kerana penceraian yang berlaku atas alasan yang sukar diterima akal.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri lawa, suami masih bernafsu songsang dengan junior di tempat kerja... ‘Anak ikan’ cepat rasa kasihan, tapi rapat bersebab
ARTIKEL BERKAITAN: Suami mengaku biseksual, suka lepak dengan kawan sejenis... Isteri sabar sebab nafkah zahir batin ‘A’
"Saya melalui perkahwinan selama enam bulan, namun tidak pernah disentuh sebagai isteri. Kemudian diceraikan tanpa alasan kukuh iaitu tiada lagi rasa cinta dan sayang," kongsinya dalam satu hantaran di laman sosial.
Tidak mendedahkan identiti diri, wanita berkenaan berkata dia berkenalan dengan bekas suaminya melalui orang tengah.
Tambahnya, sepanjang mengenali lelaki tersebut, mereka hanya bertemu untuk urusan penting dan ditemani individu lain kerana masing-masing menjaga batas pergaulan.
Seorang wanita diceraikan selepas enam bulan berkahwin apabila suaminya mengaku tiada rasa sayang terhadapnya.
Sepanjang perkahwinan, wanita itu tidak pernah 'disentuh'.
Mereka berkenalan melalui orang tengah dan menjaga batas pergaulan sepanjang tempoh perkenalan.
Ketika perbicaraan penceraian, suami didakwa berbohong kepada hakim dengan menyatakan mereka pernah mempunyai hubungan intim.
Wanita itu menegaskan perkongsian bukan untuk membuka aib, tetapi untuk memberi kesedaran kepada wanita lain.
"Saya sangka bila pilih suami yang belajar agama dan mengajar agama ni selamatlah hidup saya dunia dan akhirat. Tapi takdir sebaliknya.
"Suami bukan sahaja enggan menunaikan nafkah batin, malah jelas menunjukkan sikap tidak suka dan tidak cenderung terhadap wanita.
"Setiap kali saya berusaha untuk mendekatinya atau menunjukkan kasih sayang sebagai seorang isteri, dia akan mengelak, menjauh, atau berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku," luahnya lagi.
Lebih mengelirukan dirinya, wanita itu berkata, ketika kes penceraian dibicarakan di mahkamah, bekas suami didakwa berbohong kepada hakim dan mengatakan mereka pernah 'bersama'.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Mengapa perlu berbohong dalam perkara yang begitu jelas?
"Hingga ke hari ini, persoalan itu masih menjadi tanda tanya yang tidak terjawab," kongsinya.
Meskipun sedih dengan nasib yang menimpa diri, dia enggan serkap jarang dengan menyatakan masalah rumah tangga mereka berpunca daripada bekas suami yang bernafsu songsang.
Sekadar berkongsi kisah di laman sosial, wanita ini juga menegaskan dia bukan mahu membuka aib, tetapi memberi kesedaran tentang apa yang wanita lain mungkin sedang alami dalam diam.