DI tempat kerja, setiap staf digalakkan menyertai aktiviti dan program syarikat sebagai tanda sokongan serta untuk mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja.
Namun tidak semua orang selesa dengan suasana yang dicipta dalam acara sebegitu.
Seorang wanita meluahkan rasa simpati melihat rakannya yang 'tersepit' antara komitmen sebagai kakitangan dengan prinsip peribadinya yang sangat menjaga pergaulan, sehingga kerap memberi alasan untuk tidak menyertai program syarikat.
Taman tema menjadi antara lokasi pilihan untuk program 'team building' syarikat. -Gambar hiasan AI
"Tadi kawan aku mengadu yang dia tak suka aktiviti macam team building atau aktiviti luar daripada skop kerja, yang dia perlu bergaul dengan lelaki.
"Untuk pengetahuan, kawan aku ni memang jaga diri dia. Dia tak make-up, media sosial ada tapi jarang sangat buka, jaga solat... Even dia vacation dengan kawan aku pun, solat sunat tak tinggal.
"Bila kena join aktiviti macam tu, dia selalu mengeluh," tulisnya dalam satu hantaran di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Laptop melayang ke muka, bos mengamuk kerani kewangan buka surat kad kredit tanpa izin
ARTIKEL BERKAITAN: Puas hati dapat 'lawan' bos sebab hina famili! Pelajar IPT kini dibuang latihan industri, takut nak beritahu penyelaras
Menurut wanita itu, disebabkan pendirian tersebut, rakannya sering dipandang serong oleh kakitangan lain kerana dianggap cuba 'mengelat'.
Namun hakikatnya, dia segan kerana perlu bercampur dengan kakitangan berlawanan jantina selain perlu melakukan aktiviti yang kurang sesuai buat wanita yang menjaga aurat.
Seorang wanita tidak selesa menyertai aktiviti luar kerja seperti 'team building' yang melibatkan percampuran lelaki dan wanita.
Dia terpaksa memberi alasan untuk tidak turut serta.
Perkara tersebut serin disalah anggap oleh rakan sekerja sebagai mengelat.
Wanita tersebut kurang senang kerana sering ada aktiviti melibatkan sentuhan dan pakaian tidak sesuai.
Perkongsian itu bertujuan 'menegur' syarikat khususnya yang dikendalikan oleh orang Islam, agar lebih peka dan mempertimbangkan sensitiviti agama dalam merancang aktiviti.
"Kalau buat game, kadang-kadang ada main dalam kolam. Dalam kolam tu walaupun jauh tapi masih ada lelaki perempuan. Ada isteri dan suami orang dalam tu. Bersorak, ada yang bersentuh.
"Sebelum suruh (netizen) dia cari kerja lain, aku nak bagitahu kerja yang dia pilih tak ada pun perlu bergaul lebih-lebih dengan lelaki.
"Cuma bila ada aktiviti tu, dia kena join. Ada yang boleh elak, dia elak. Apa-apa pun, aku doakan Allah jaga kawan aku tu," ujarnya lagi.
Sebahagian daripada komen netizen.
Dalam masa yang sama, wanita itu berpandangan sudah tiba masanya untuk syarikat lebih cakna dan teliti apabila menganjurkan acara atau aktiviti khususnya syarikat yang diterajui oleh orang Islam.
Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang bercampur, dengan rata-ratanya menyokong pandangan wanita berkenaan kerana ia melibatkan hukum agama.
Namun tidak kurang juga ada yang menyifatkan ia bukan isu besar kerana aktiviti sedemikian hanyalah hiburan semata-mata tanpa berniat melanggar batas agama.