suria

Anak enggan masuk IPT, bapa 'seronok' hina gaji kecil! Anggap orang bodoh je suka beri alasan 'rezeki di mana-mana'

Setiap bapa ingin memberikan yang terbaik buat bapanya. -Gambar hiasan AI

MASIH wujud individu berpandangan sempit yang menilai seseorang berdasarkan tahap pendidikan mahupun jumlah pendapatan.

Di laman Thread, seorang gadis berkongsi pengalaman dihina oleh keluarganya sendiri kerana enggan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Lebih menyedihkan apabila individu yang dipanggil ayah itu turut memperkecilkan pendapatan bulanan yang diperoleh, meskipun dia bekerja keras tanpa bergantung kepada sesiapa.

Ramai beranggapan bisnes kecil dapat memberi pulangan besar. -Gambar hiasan

Ramai beranggapan bisnes kecil dapat memberi pulangan besar. -Gambar hiasan

"Apa korang akan buat kalau korang jadi saya? Sedangkan saya bekerja, tapi dia (ayah) selalu hina pasal gaji dan kerja saya.

"Parents saya bercerai dan saya tinggal dengan mak.

"Selama saya bekerja, saya tak pernah minta langsung duit daripada ayah dan tak menyusahkan dia," luahnya sayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi nak suruh anak sambung belajar, ibu daftar sekali! Dua beranak ini akhirnya dapat ijazah - “Ikutkan saya malas, selesa cari duit”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa ‘bunuh’ impian anak gadis habis SPM, tak izin sambung belajar! Suruh kerja gaji RM1,800 tampung belanja keluarga

Menerusi hantaran yang dibuat, dia turut mempersoalkan tindakan bapanya yang dilihat mahu menetapkan hala tuju hidupnya.

Malah berdasarkan tangkap layar mesej perbualan yang dikongsi, bapanya berulang kali meminta dia fokus pada pelajaran.

Bagi bapanya, tahap pendidikan yang tinggi dapat membantu mengubah kehidupan seseorang.

  • Gadis dihina bapa sebab tak sambung belajar dan gaji kecil.
  • Dia dah bekerja keras, tak pernah minta duit atau susahkan bapa.
  • Bapa tetap paksa sambung belajar, siap panggil dirinya ‘bodoh’.
  • Netizen simpati dan kecam mentaliti pandang gaji dan sijil semata.
  • Ramai beri semangat, tapi ada juga nasihat agar fikir masa depan.

"Lepas belajar kahwin, OK je. Gaji berapa sen?

"Belajar jadi cikgu masak, gaji ribu... boleh beli kereta dan rumah," balas bapanya selepas dia menegaskan bahawa rezeki terdapat di mana-mana sahaja.

Bapanya juga menyifatkan jawapan yang diberikannya itu sebagai 'ayat orang bodoh' seterusnya menggesa dia untuk sambung pengajian di peringkat universiti.

Netizen memberikan pandangan masing-masing berhubung keputusan ayahnya untuk sambung belajar.

Netizen memberikan pandangan masing-masing berhubung keputusan bapa menyuruh anaknya sambung belajar.

Ramai netizen tampil memberikan kata-kata semangat kepadanya, selain mengecam sikap segelintir ibu bapa yang terlalu mementingkan pencapaian akademik sehingga sanggup memperlekehkan anak sendiri.

“Orang tua memang akan cakap gaji 'ciput', ramai je graduan masih menganggur dan tak semestinya sambung belajar ada kerja bagus.

"Awak anggap sahaja apa yang dia cakap hari ini untuk masa depan yang lebih baik, sambung je belajar... saya doakan awak berjaya.

"Masalahnya dia suruh jadi cikgu sebab gaji besar. Pakcik, ikut gred juga nak dapat gaji besar tu haa. Kena tahan mental dan fizikal. Tambah-tambah nak mengajar ni.

"Jika dia tak pernah bagi nafkah, dia tak layak jadi wali. Tapi nasihat dia tu follow je, sebab ada betulnya... apa pun terpulang pada diri awak," demikian antara reaksi warga maya.

Artikel Lain