suria

Wanita mengaku ‘hide’ posting media sosial daripada mentua, ipar... Malas hadap ‘drama’, aura cemburu tak bertempat

Ada individu memilih untuk tidak berkongsi aktiviti di media sosial kerana mahu mengelakkan rasa kurang senang pihak lain. -Gambar hiasan AI (kanan)

ZAMAN media sosial ketika ini, hampir setiap aktiviti dikongsi untuk tatapan umum, sama ada percutian, hadiah, sehinggalah ke sekecil-kecil perkara.

Namun begitu, ada juga segelintir individu yang memilih untuk tidak menayang semuanya kepada umum bukan sahaja kerana mahu menjaga privasi, tetapi kerana mahu mengelakkan masalah atau 'drama' khususnya dengan ahli keluarga terdekat.

Begitulah pendekatan yang diambil oleh seorang wanita sebagaimana perkongsiannya di laman sosial, yang mana dia menyembunyikan posting tertentu daripada tatapan mentua dan ipar.

Beriadah merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. -Gambar hiasan AI

"Jenis aku kan, kalau setiap kali suami belanja makan atau belanja keluarga aku makan, aku tak kan post gambar dekat status. 

"Atau kalau post pun, aku akan hide daripada mentua dan ipar," tulisnya.

Menurutnya, dia lebih senang jika perkara seperti ini tidak diketahui oleh keluarga mentua, bukan kerana menyembunyikan, tetapi kerana mahu mengelakkan rasa iri hati atau cemburu yang mungkin timbul secara tidak sengaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jengkel mentua pantang tengok anak menantu senang! Pergi bercuti dianggap berduit, hari gaji laju mesej minta ‘bahagian’

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua buang kuih raya air tangan menantu, habis 6 balang tabur belakang rumah - “Biskut macam ni bagi itik jelah!”

"Bagi aku, biarlah diaorang nampak kita ni macam tak ada ke mana pun... janji tak ada yang cemburu," kongsinya.

Tambahnya lagi, kewujudan rasa cemburu itu bukan andaian semata-mata sebaliknya sudah ada contoh yang berlaku dan cukup untuk dijadikan pengajaran.

  • Wanita ini sengaja menyembunyikan posting tertentu dari mentua dan ipar demi mengelak rasa cemburu atau iri hati.

  • Dia tidak berkongsi aktiviti seperti berjalan-jalan atau makan bersama suami dan keluarganya di media sosial untuk mengelakkan 'drama'.

  • Sikap cemburu mentua pernah nyata, misalnya mengkritik suami yang menemaninya ke hospital ketika mengandung.

  • Dia menganggap mentuanya menyimpan perasaan cemburu dalam diam.

  • Netizen menyokong pendekatan wanita itu dan berkongsi pengalaman serupa tentang isu keluarga mentua.

"Bayangkan eh, suami aku yang rajin hantar aku pergi appointment klinik dengan hospital sebab aku pregnant pun mak mentua aku asyik sebut, dulu aku mengandung, semua pergi sendiri, tak ada teman pun.

"Sekali dua kali bolehlah sembang tapi kalau banyak kali ulang tu bukan sembang dah... ada sebab tertentu. Hanya aku dan suami tahu.

"Kalau awak dengar cara dia bercakap tu awak boleh bezakan sembang kosong dengan cemburu. Jadi dari situ aku tak tonjolkan aktiviti aku dekat diaorang," kongsinya lagi.  

Di ruangan komen, warga maya tampil dengan pelbagai reaksi dengan ada yang menyokong tindakan wanita berkenaan demi kebaikan semua pihak.

Sering menghabiskan masa bersama ibu bapa adalah antara cara untuk mengambil hati mereka. -Gambar hiasan AI

Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi kisah masing-masing untuk dijadikan pengajaran bersama. 

"Perempuan sis. Apa yang dia tak dapat dulu, bila tengok orang lain dapat walaupun itu adalah menantu dia sendiri, cemburulah tu.

"Dulu setiap kali bersalin private, keluarga mentua akan cakap, diaorang bersalin hospital kerajaan je. Mentua saya baik, cuma kadang-kadang berbeza pendapat. Suami kena bijak main peranan.

"Dulu pernah post macam tu, esoknya mentua minta duit beratus-ratus dengan husband aku," demikian antara komen netizen.