suria

Mimpi ngeri bawa gadis baru kenal ke majlis kahwin, mulut celupar dari mula jumpa sampai akhir pertemuan!

Pertemuan pertama sering menjadi penentu kepada sama ada hubungan itu akan berkembang atau sebaliknya. -Gambar hiasan AI

LAZIMNYA apabila dua insan yang baru berkenalan dan pertama kali bersua muka, masing-masing akan cuba menunjukkan sisi terbaik seperti menjaga bahasa dan tingkah laku.

Tetapi berbeza pula pengalaman seorang lelaki ini, yang berkongsi kisah pertemuan pertamanya dengan seorang gadis yang dikenalinya secara online.

"Kenal online, tak ajak dating tapi ajak dia jadi plus one (peneman) untuk wedding kawan. Saya jemput dia dekat rumah. 

"Sampai-sampai dekat wedding venue, dia keluar kereta dan tengok saya, dia terus cakap pendeknya you," kongsinya dalam satu hantaran di media sosial. 

Pada pertemuan pertama, masing-masing akan cuba menonjolkan sikap terbaik demi memberi tanggapan yang baik. -Gambar hiasan

Walaupun kata-kata itu dirasakan agak pedas untuk pertemuan pertama, lelaki itu memilih untuk tidak cepat melatah. 

"Saya membalasnya dengan berkata, tak lah, you yang tinggi sangat. Dia memang agak tinggi. Tapi dalam hati dah rasa 'red flag' dah," ceritanya.

Tidak habis di situ, ketika sedang beratur di pintu dewan majlis perkahwinan, lelaki itu cuba berbual secara santai dengan memaklumkan bahawa dia terlibat dalam rekaan 'bunting' majlis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakwe bukan kerja gomen, bapa suruh putus! Wanita buntu buat pilihan... Keluarga sendiri toksik, famili bakal mentua harmoni

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan kekasih buat ‘loan’ beli kenderaan, kongsi bayar bulanan! Si awek naik motosikal ke ofis, pakwe bergaya pandu kereta baharu

Bagaimanapun, sekali lagi reaksi si gadis membuatkan dia tergamam. 

"Saya sajalah cakap, saya 'design'kan 'bunting' untuk wedding tu. Dia tunjuk 'bunting' tu dan cakap, itu you design? Patut la buruk. Ya Allah...

"Saya rasa dia nak bergurau tapi tak kena cara. Banyak lagi benda jadi, tak muat nak cerita," kongsinya.

  • Seorang lelaki mengajak gadis yang dikenalinya secara online untuk menjadi peneman ke majlis perkahwinan.

  • Dia tergamam apabila si gadis selamba mengkritik ketinggiannya sebaik bertemu.

  • Gadis itu juga mengkritik rekaan bunting majlis perkahwinan yang dihasilkan oleh lelaki tersebut. 

  • Lelaki itu mula berasa gadis itu tidak sensitif dan menunjukkan beberapa 'red flag'.

  • Dia memutuskan bahawa itu adalah pertemuan pertama dan terakhir mereka.

Menurut lelaki itu lagi, pertemuan berkenaan menjadi yang pertama dan terakhir antara mereka kerana dia merasakan gadis tersebut bukanlah seseorang yang sesuai untuk dijadikan pasangan.

"Mimpi ngeri betul. Sebelum kejadian itu berlaku, dia selalu cakap lelaki selalu 'ghost' dia. Lepas hantar dia balik tu terus saya faham, memang patutlah dia asyik kena 'ghost'," ceritanya lagi. 

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai dengan rata-ratanya bersetuju bahawa sikap mulut lepas dan tidak sensitif terhadap perasaan orang lain boleh merosakkan apa jua potensi hubungan, lebih-lebih lagi pada fasa awal perkenalan.

"Boleh tahan celupar mulut. Jadi bini siapalah perempuan ni agaknya.

"Mungkin cara dia dibesarkan membentuk perangainya macam tu.

"Patutnya lepas habis makan tu suruh dia balik sendiri," demikian antara komen netizen.