PERCAYA pada cinta dan kestabilan rumah tangga baharu, seorang ibu tunggal sanggup meninggalkan kerjayanya dengan gaji lumayan demi menjadi isteri solehah.
Namun selepas setahun perkahwinan, segalanya berubah termasuklah layanan istimewa yang dijanjikan suami sehingga dia terabai dan hidup susah bersama anak-anak.
Lebih menambah rasa sedih apabila dia turut mengalami tekanan emosi dan masalah kewangan kerana tidak mempunyai sumber pendapatan.
Kisah menyayat hati itu dikongsikan oleh sahabat baik wanita berkenaan selepas berpeluang melawatnya baru-baru ini.
Pasangan suami isteri dianjurkan untuk berbincang sekiranya mempunyai konflik. -Gambar hiasan AI
"Saya ingat perkahwinan saya teruk. Rupa-rupanya hati saya luluh tengok keadaan kawan saya.
"Gas tiada, beras habis, anak-anak hanya bawa bekal dari rumah ke sekolah sebab dah lama tak diberi duit belanja," katanya, menerusi satu hantaran di media sosial.
Menurut pengadu, sebelum berkahwin rakannya itu bergelar ibu tunggal selama hampir 10 tahun dan mempunyai kerjaya stabil dengan pendapatan lebih RM6,000 sebulan.
ARTIKEL BERKAITAN: Geram saudara dianiaya suami, wanita sokong kaum Hawa minta wang hantaran tinggi! Ramai tak setuju, Islam tak wajibkan
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sedar sesuatu lepas suami enggan doakan bos zalim ditimpa musibah, hanya merugikan diri sendiri
Malah, rakannya juga dikenali sebagai individu yang cekap dalam bidang jualan sejak sekian lama.
Namun selepas dia membuka hati pada lelaki yang disangka benar-benar ikhlas mencintai dan menerima anak-anaknya, hidupnya berubah malang.
"Silap dia pergi ikut cakap suami, lepas kahwin minta dia berhenti kerja kononnya dia tak nak kawan saya penat.
- Ibu tunggal berhenti kerja, ikut cakap suami baru.
- Janji nafkah tapi tak bagi sesen pun.
- Dihalang kerja dan hubungi keluarga.
- Hidup susah, anak-anak tak cukup makan.
- Suami berduit tapi abaikan tanggungjawab.
"Dah deal bagi nafkah sekian-sekian tapi sesen pun tak bagi, barang-barang kemas pula habis digadai sebab cakap nak guna duit.
"Duit mas kahwin pun diambil semuanya," kongsinya lagi.
Lebih menyedihkan, wanita itu bukan sahaja tidak dibenarkan keluar bekerja malah turut dihalang berhubung dengan seluruh ahli keluarga.
Netizen bersimpati dengan nasib rakannya.
Situasi bertambah parah apabila suaminya dipercayai bersikap kasar secara emosi sehingga dia mengalami tekanan mental.
Dia yang dahulunya ceria dan yakin diri kini berubah menjadi pendiam dan takut untuk bercakap, terutama di hadapan suaminya.
"Husband dia boleh makan luar kenyang-kenyang, balik buat bodoh je dekat diaorang.
"Dia takut nak cerita pada keluarga dia sebab ni perkahwinan kedua dan dia tak mahu menyusahkan semua orang. Dia tekad untuk berpisah.
"Suami dia dapat duit 'tepi' dalam berpuluh ribu tapi sesen pun tak bagi, dapat duit mingguan RM2,000 pun tak merasa.
"Dia hidup anak beranak dalam keadaan tekanan dan susah sampai note RM50 pun tak pernah pegang lepas kahwin," tambahnya sambil mendedahkan suami rakannya adalah pegawai kerajaan di Gombak.
Lelaki terbabit memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan rakannya pada tahun lalu.