suria

Cuba leraikan suasana tegang suami, anak berebut saluran TV... Isteri terdiam kena cerai!

Pertengkaran akan membuatkan situasi semakin buruk jika dikuasai emosi. -Gambar hiasan AI

ADA kalanya perkara kecil dalam rumah tangga boleh membawa kepada masalah besar. 

Begitulah yang terjadi pada pasangan suami isteri ini, yang mana isu kecil 'melarat' sehingga perkahwinan mereka berada di ambang penceraian.

Menurut seorang individu dipercayai pengamal undang-undang, kisah bermula apabila suami berebut saluran rancangan televisyen dengan anaknya.

Suami isteri sewajarnya mengelakkan pergaduhan di depan anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Anak merengek nak tengok rancangan K-Pop. Si ayah pula mahu menonton rancangan lain. Anak menangis tidak ditenangkan, dan si ibu cuba campur tangan.

"Malangnya, ayat yang terkeluar daripada mulut si suami dalam keadaan marah, kita bercerai sahajalah! Si isteri diam," kongsinya dalam satu hantaran di media sosial.

Menyedari keterlanjuran kata-kata yang keluar dari mulut didasari rasa marah, pasangan berkenaan merujuk mahkamah syariah bagi pengesahan lafaz cerai.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami haramkan ada zuriat bersama, cerai isteri selepas 7 bulan kahwin... Beri alasan masih rindu zaman bujang

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri minta cerai, mahu hidup 'single'! Anak angkat nak bagi balik dekat mak kandung sebab nakal, anggap beban

Namun individu tersebut tidak pasti sama ada pasangan berkenaan bercerai atau sebaliknya kerana tidak mengikuti perkembangan kes mereka hingga ke mahkamah. 

Bagaimanapun dia menasihatkan setiap pasangan yang berkahwin agar sentiasa berkomunikasi dan sentiasa cakna dengan pasangan untuk mengelakkan wujudnya salah faham yang boleh bertukar menjadi seperti api dalam sekam.

  • Kisah bermula apabila berlaku perebutan saluran televisyen antara suami dan anak.

  • Suami secara spontan melafazkan cerai terhadap isteri ketika marah.

  • Pasangan itu kemudiannya merujuk kepada mahkamah syariah untuk mengesahkan lafaz cerai.

  • Individu yang membuat perkongsian mengingatkan lelaki supaya berhati-hati dengan lafaz talak.

  • Netizen menegur suami agar lebih bertanggungjawab dalam menguruskan konflik keluarga dan tidak meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mendididk kepada isteri.

"Saya percaya, pergaduhan seperti ini jarang berlaku secara tiba-tiba. Selalunya ada perkara yang telah lama terpendam, komunikasi yang terputus, perasaan yang tidak diluah, beban yang tidak dikongsi.

"Apa pun, sebagai lelaki, berhati-hatilah dengan apa yang dilafazkan.

"Kerana walau semarah mana sekali pun, selagi mana anda masih waras dan tidak hilang akal, lafaz talak boleh jatuh dan sah di sisi hukum," ceritanya lagi. 

Di ruangan komen, netizen tampil dengan pelbagai reaksi, dengan ada yang berpendapat bahawa penceraian bukanlah jalan keluar terbaik jika masalah masih boleh diperbaiki.

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Dalam pada itu, mereka berpandangan bahawa suami isteri perlu sama-sama memainkan peranan dalam rumah tangga terutama dalam menguruskan konflik dan perbezaan pendapat.

"Kenapa nak harapkan isteri tenangkan anak? Apa function dia sebagai suami? Bila dia cakap cerai, isteri dia diam. Gamaknya isteri dia pun dah penat dengan perangai toksik suami. 

"Sepatutnya mak tu suruh anak minta elok-elok dengan ayah.  

"Jarang-jarang anak tak dengar cakap ayah. Kepimpinan lemah," komen netizen. 

Artikel Lain