DISEBABKAN terdesak untuk mendapatkan wang segera, seorang individu nekad membuat pinjaman daripada ceti haram atau ah long.
Tanpa menyedari risiko yang menanti, urusan yang pada awalnya kelihatan mudah dan meyakinkan akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri.
Individu yang tidak mendedahkan identiti itu mendakwa, dia pada mulanya ditawarkan pinjaman sebanyak RM1,000, dan dimaklumkan bahawa selepas ditolak RM300 sebagai yuran pemprosesan (processing fee), dia akan menerima RM700.
Iklan pinjaman wang segera yang ditampal merata-rata. -Gambar hiasan
Tanpa mengesyaki apa-apa, individu tersebut bersetuju tanpa ragu-ragu kerana begitu terdesak.
"Apabila saya setuju, dia bagi RM100 sahaja dan bagitahu RM300 stamping, RM300 bunga dan RM300 processing fee. Bayaran balik tetap RM1,000.
"Takkan ada orang setuju kalau dia inform awal-awal macam tu. Saya setuju sebab dapat RM700," kongsinya menerusi laman grup Facebook, Muflis Bankrupt di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak balik cuti semester tanggung bala diugut ah long! Bapa 'lari' lepas bagi maklumat ahli keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki musibat! Nak tunjuk kaya dekat bini baharu, pinjam ah long RM1,400 guna nama bekas isteri jadi penjamin
Situasi yang berlaku membuatkan dirinya panik, tambahan pula butiran peribadinya sudah dikongsikan kepada pemberi pinjaman tersebut semasa proses awal, menambahkan lagi ketakutan dalam diri.
Ujarnya, dia cuba menghubungi pihak penyedia sistem pembayaran elektronik popular bagi menjejaki pemilik akaun yang menghantar pinjaman berjumlah RM100 bagi memulangkan semula wang berkenaan kerana tidak mahu terheret ke dalam situasi lebih rumit.
Seorang individu membuat pinjaman RM1,000 daripada ah long kerana terdesak, tetapi hanya menerima RM100 selepas dipotong pelbagai 'yuran'.
Dia menjadi panik selepas menyedari maklumat peribadinya telah diberikan kepada ceti haram tersebut.
Individu itu ingin memulangkan wang dan membuat laporan polis kerana takut terlibat dalam masalah lebih besar.
Warganet menasihatkannya untuk membuat laporan polis dan mendapatkan bantuan NGO.
Ramai netizen memberi amaran agar orang ramai tidak berurusan dengan ah long kerana penipuan dan risiko keselamatan yang tinggi.
"Saya nak pulangkan kemudian buat report polis memandangkan mereka ada details saya. Ini kali pertama saya buat (pinjaman) dan saya tak berhenti nangis sebab takut.
"Ada cara lain ke untuk saya trace nombor akaun orang tu, saya tak nak pegang duit ni. Jangan kecam dan marah saya. Saya dah cukup sedih dengan hidup saya. Fikir nak mati je," luahnya sambil meminta pandangan warga maya.
Menjengah ruangan komen, rata-ratanya tampil memberikan cadangan antaranya menyarankan individu tersebut membuat laporan polis atau mendapatkan bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO).
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Dalam pada itu, ramai turut memberi peringatan kepada orang lain agar mengelakkan membuat pinjaman dengan ceti haram demi keselamatan.
"Report as fraud issue… bank akan suruh buat laporan polis juga untuk siasatan lanjut bank.
"Sebab tu jangan berurusan dengan ah long... memang kaki penipu mereka ni.
"Patutlah ada kes pinjam RM150 kena bayar sampai RM300,000. Gila punya ah long jadi scammer dah sekarang," demikian antara komen netizen.