suria

Rumah tangga hampir bergegar gara-gara sekotak rokok! Peminat misteri letak depan cermin kereta suami - “Dah tiada maruah ke?”

Segelintir individu tergamak mengganggu rumah tangga orang lain demi kepentingan sendiri. -Gambar hiasan AI (kiri)

TIDAK dinafikan, wujud segelintir individu yang tanpa rasa bersalah merosakkan keharmonian rumah tangga orang lain asalkan kemahuan sendiri tercapai. 

Berdepan dengan situasi sama, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan marah selepas suaminya cuba didekati wanita lain secara terang-terangan.

Menurutnya, seorang wanita tidak dikenali meninggalkan kotak rokok beserta nombor telefon di cermin hadapan kereta suaminya, dipercayai sebagai cubaan untuk menarik perhatian atau mengurat.

Perkongsian mengenai kisah penyondol banyak dipaparkan di media sosial. -Gambar hiasan

"Kenapa ye orang perempuan zaman sekarang suka sangat ganggu suami orang? Memang dah tiada maruah ke macam mana? Dengan tiada rasa malunya bagi nombor telefon dan rokok!" tulisnya dalam hantaran tersebut.

Wanita berkenaan berkata, suaminya menyedari perkara tersebut ketika mahu memasuki kenderaan yang diparkir dan tidak mengetahui gerangan individu yang berbuat demikian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya saya penyondol, benda dah jadi” - Gadis 19 tahun mengaku kacau rumah tangga orang, anggap ujian Allah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya merayu, undurlah diri” - ‘Penyondol’ tak mahu poligami, berani hantar mesej minta wanita bercerai

"Memang rasa marah apabila suami cerita tapi nasib baik suami tak layan," kongsi wanita tersebut. 

Menerusi hantarannnya, dia turut berkongsi gambar sekotak rokok dan nombor telefon bertulisan tangan pada cebisan kertas kecil yang diletakkan pada cermin hadapan kenderaan suaminya.

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian berkenaan.

  • Seorang isteri marah apabila suaminya didekati wanita tidak dikenali dengan meninggalkan nombor telefon dan sekotak rokok di cermin kereta.

  • Dia mempersoalkan sikap sesetengah wanita yang tanpa rasa malu cuba mengganggu rumah tangga orang lain.

  • Suaminya tidak melayan cubaan tersebut dan terus membuang rokok serta kertas yang mengandungi nombor telefon itu.

  • Netizen bergurau memanggil suami wanita itu 'jejaka hot', manakala yang lain memberi nasihat agar berhati-hati.

  • Usaha netizen untuk menghubungi pemilik nombor telefon tidak berjaya kerana nombor tersebut sudah tidak aktif.

Ada yang meninggalkan komen lucu dengan menganggap suami wanita tersebut sebagai 'jejaka terhangat di pasaran' lantaran menjadi perhatian seseorang.  

Namun ada yang menyarankan supaya suaminya hanya mengambil rokok dan membuang nombor telefon tersebut.

"Suami saya buang rokok tu dan juga kertas nombor telefon. Kita tak tahu apa niat orang," tulisnya lagi menjawab komen netizen.

Tidak semua wanita sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, ada netizen yang cuba 'menyerang' wanita pemilik nombor telefon berkenaan kerana mengganggu suami orang, namun difahamkan ia sudah tidak dapat dihubungi.

"Agaknya terlalu ramai yang call, dia pun serabut dan tutup telefon.

"Silaplah dia buat macam tu... penyondol takkan ada tempat dekat sini," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain