suria

Duit dalam akaun dah tolak tapi peniaga burger dakwa tak dapat bayaran... Guna alasan tidak terima notifikasi SMS

Peniaga dakwa tidak menerima kemasukkan wang selepas pembayaran dibuat secara dalam talian. -Gambar hiasan AI

SEORANG pelanggan wanita meluahkan rasa kecewa ketika membeli burger daripada sepasang suami isteri yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Menurut wanita tersebut, dia melakukan bayaran secara dalam talian menggunakan kod QR sebanyak RM6 ketika membeli sebiji burger. 

Namun peniaga wanita yang dipanggil makcik itu mendakwa tidak menerima wang tersebut, walaupun bukti transaksi sudah berjaya ditunjukkan untuk rujukan.

Pembayaran secara dalam talian atau imbas QR cukup popular dalam kalangan pelanggan pada masa kini. -Gambar hiasan AIPembayaran secara dalam talian atau imbas QR cukup popular dalam kalangan pelanggan pada masa kini. -Gambar hiasan AI

"Aku tunjuk bukti transaction. Bank pun dah tolak duit aku. Tapi dia cakap... kalau masuk mesti dapat mesej dekat telefon.

"Aku jawab... makcik download la aplikasi bank. Di situ senang sikit nak semak daripada nak tunggu mesej masuk.

"Dia jawab dia tiada aplikasi tu. Aku pun macam panas hati la sebab bank dah tolak duit aku," kongsinya di media sosial. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas imbas tiket guna kod QR, pemuda disekat depan pintu panggung wayang... Tebal muka lepas staf datang tanya satu soalan

ARTIKEL BERKAITAN: Kena sindir beli 2 biji mangga guna QR... Pelanggan letak balik buah, terus angkat kaki! Kalau menjawab hanya tambah dosa

Keadaan menjadi tegang apabila peniaga itu menunjukkan contoh mesej memaklumkan kemasukan wang yang pernah diterima daripada pelanggan lain.

"Apabila aku tengok, mesej tu bertarikh semalam, aku pun cakap... saya tahu tapi ni semalam punya. Tak kan hari ni baru saya sorang bayar secara transfer.

"Terus makcik tu jawab... tak ada dik. Kalau tak masuk tu tak masuk la. Kemudian suami aku pun hulur je la cash RM6, dia kata nanti datang semula," katanya.

  • Pelanggan wanita kecewa peniaga burger nafi terima bayaran RM6 walaupun transaksi bank menunjukkan wang ditolak.
  • Peniaga hanya bergantung pada mesej SMS dan tidak menggunakan aplikasi bank untuk semakan yang lebih tepat.
  • Beberapa hari kemudian peniaga masih berkeras mengatakan wang belum masuk, disertai sikap tidak mesra.
  • Pelanggan akur dan buat bayaran sekali lagi secara tunai dan menyatakan itu kali terakhir mereka membeli di gerai tersebut.
  • Netizen turut mengecam, sifatkan peniaga tak jujur tidak akan berkat dan mudah kehilangan pelanggan.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, mereka kembali ke gerai burger tersebut untuk menyemak semula status bayaran.

Namun, jawapan yang diterima tetap sama dengan peniaga mendakwa wang RM6 masih belum masuk ke akaunnya.

"Suami dia dengan muka kerek geleng kepala siap jeling. Aku pun apa lagi, balik la sambil cakap... nak menipu atau tak, itu urusan makcik dengan Allah.

"Ni bukan soal RM6, kita ni nak support. Tapi begini pula, ini kali terakhir aku pergi beli burger daripada peniaga tu," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Netizen beranggapan tindakan peniaga tersebut bukan sahaja tidak berkat, malah akan kehilangan pelanggan jika terus bersikap sedemikian.

"Duit tu tak berkat, jadi haram kalau menipu.

"Lain kali beli mesin yang keluar bunyi tu bila kita dah QR. Orang semua QR kau pun nak QR tapi tak reti nak guna," katanya.

Artikel Lain