suria

Pukul pembuli demi pertahankan diri, balik rumah bapa pula belasah... Akhirnya mangsa buli dibuang sekolah

Mangsa biasanya tidak dapat melawan apabila dibuli beramai-ramai. -Gambar hiasan AI

KES buli di sekolah terus berlaku walaupun pelbagai langkah sudah diambil untuk membendungnya.

Kebiasaannya, kejadian buli kerap berlaku di sekolah berasrama kerana faktor persekitaran dan kurang pengawasan.

Di Thread, seorang lelaki meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang dibuang sekolah kerana melawan pembuli.

Pelajar sepatutnya saling menjaga antara satu sama lain. -Gambar hiasan AI

"Aku pernah kena buang sekolah sebab 'tibai' senior yang kepung aku dan 'tibai' aku. Kalau aku tak melawan langsung, aku rasa aku yang masuk wad kot.

"Kebetulan masa tu yang paling senang aku nak capai cuma besi katil yang tingkat atas tu. Jadi aku hayun je yang tu sampai seorang patah bahu, seorang lagi jahit kat dahi.

"Kesimpulannya, aku kena buang sekolah sebab cederakan orang. Padahal mereka yang buli aku dulu. Dekat rumah, sudah pasti aku kena 'sesah' dengan ayah aku," tulisnya.

  • Kes buli banyak berlaku di sekolah berasrama akibat kurang pengawasan.
  • Seorang pelajar dibuang sekolah kerana melawan pembuli yang menyerangnya.
  • Pelajar itu gunakan besi katil untuk mempertahankan diri, menyebabkan pembuli cedera.
  • Dia turut mengajar anak-anaknya untuk melawan jika dibuli.
  • Netizen sokong tindakannya melawan pembuli.

Walaupun kes buli itu sudah lama berlaku, kejadian itu masih lagi segar dalam ingatannya.

Kini, dia yang sudah berkeluarga turut mengajar anak-anaknya untuk melawan sekiranya mereka dibuli.

"Jadi (bila berlaku) kes-kes buli ni, jangan sampai kita tak mahu dengar langsung bila anak kata dia kena buli. Jangan sampai terlambat.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah mangsa buli terjah rumah pelaku, tetap ‘warning’ walau hidup daif - “Ni bukan gurau, awak memang niat jahat”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki terkejut, pembuli zaman belajar kini sibuk cari sekolah 'bebas buli' untuk anak - “Suami kau ni bapa segala setan”

"Ya, aku ajar anak aku 'bagi kaki' je dekat sesiapa yang buli dia. Sebab aku tak boleh nak back up sepanjang masa dan aku tak akan ada dengan dia sampai bila-bila," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, pelayar Thread turut menyokong tindakan lelaki itu walaupun pada akhirnya dia sendiri yang dibuang sekolah.

Malah, beberapa  individu turut berkongsi kisah mereka yang pernah melalui pengalaman serupa.

Kes buli juga berlaku dalam kalangan pelajar perempuan. -Gambar hiasan AI

"Kes kita sama. Cuma aku tak kena buang sekolah. Aku malukan dia (pembuli) depan orang ramai. Alhamdulillah, sampai habis sekolah tak bertegur.

"Kau dah buat yang terbaik bro. Tak kisahlah kena bantai dengan bapa atau buang sekolah. Kau puas hati.

"Pembuli memang cari geng untuk bantai kita seorang. Bagus awak balas balik," tulis netizen.

 

Artikel Lain