suria

Hancur hati, lelaki disangka jodoh ajak borak lucah! Tiba-tiba cerita tidur tak pakai seluar, balas sepatah makin galak

Ada lelaki suka menghantar mesej lucah kepada wanita. -Gambar hiasan AI

BERKENALAN dengan lelaki untuk menjalinkan hubungan serius bukanlah perkara mudah bagi sesetengah wanita, lebih-lebih lagi di peringkat awal perkenalan.

Maklumlah, ada lelaki hanya mencari keseronokan sementara dan sekadar mahu mengambil kesempatan sahaja terhadap wanita yang rapat dengan mereka.

Di Thread, seorang wanita meraih perhatian selepas bercerita tentang sikap gatal seorang lelaki yang baru dikenalinya.

Setiap wanita mahu lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai suami. -Gambar hiasan AI

"Baru kenal dua hari dah cerita (lucah) macam ni. Semalam aku dah happy tau. Ingat jumpa jodoh, rupanya jumpa 'bodoh'. Stres la aku," tulisnya.

Dalam tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsi, lelaki itu dilihat sudah berani memulakan perbualan lucah dengan wanita berkenaan walaupun baru kenal.

"Saya malu gila pagi tadi. Akak saudara main masuk je bilik saya. Dah la saya tengah tidur. Tak pakai seluar," tulis lelaki itu dalam mesej yang dihantar.

  • Ramai lelaki ambil kesempatan waktu awal berkenalan.
  • Wanita dedah diganggu mesej lucah lepas dua hari kenal.
  • Lelaki terus bercerita hal tak senonoh.
  • Wanita itu ambil tindakan sekat nombor.
  • Netizen sokong dan nasihat jauhi lelaki begitu.

"Hahahaha serius ah?" balas wanita itu.

Lelaki itu kemudiannya dilihat masih meneruskan topik sama, malah semakin berani bercerita hal tidak sepatutnya.

"Ya. Dia nampak b****g saya. Saya macam dah malu gila," tulis lelaki itu pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami macam bercinta dengan anak umur 20 tahun! Sembang 18SX, rayu ucap sayang... Merajuk kalau sehari tak ‘call’

Menurut wanita itu, dia kemudian terus menyekat nombor lelaki berkenaan kerana enggan lagi berhubung dengannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyelar sikap lelaki itu yang disifatkan sebagai tidak tahu malu dan miang.

Malah, netizen turut menasihati wanita itu agar tidak meneruskan perkenalannya dengan lelaki tersebut.

Pasangan bercinta perlu menjaga batas pergaulan selagi belum berkahwin. -Gambar hiasan AI

"Ni dia nak pancing awak je ni untuk layan perangai bangang dia. Ex aku pernah call minta layan sex phone dengan dia.

"Tolonglah jangan bercinta dengan lelaki macam ni. Dekat situ nampak niat dia semata-mata nak seks je.

"Susah nak cari lelaki yang betul-betul lelaki. Kebanyakan jantan macam ni je," antara komen netizen.

 

Artikel Lain