suria

“Paksa kita cakap bahasa dia” - Wanita pelik loghat Kelantan guna dalam urusan rasmi, 'nurse' jeling tak faham 'ubak comor'

Komunikasi tidak jelas boleh menyebabkan pesakit gagal memahami arahan doktor. -Gambar hiasan AI

BERPINDAH ke negeri lain merupakan satu langkah besar yang memerlukan kita menyesuaikan diri dengan budaya dan kehidupan baharu.

Begitulah situasi sedang dilalui wanita ini yang masih cuba memahami loghat Kelantan selepas dua tahun berpindah ke negeri itu.

Dalam perkongsian di Thread, dia mengakui berdepan kesukaran dalam komunikasi harian kerana tidak memahami sepenuhnya loghat negeri itu.

Segelintir individu berdepan masalah untuk memahami loghat-loghat negeri dalam Malaysia. -Gambar hiasan AI

"Saya ni dah dua tahun menetap di Kelantan tapi sampai sekarang masih kena judge. Mereka tanya saya ni tak mahu cakap (loghat) Kelantan ke? Mereka kata patut duduk sini kena belajar cakap Kelantan.

"Paling teruk, pharmacist Klinik Kesihatan (KK) cakap Kelantan pekat gila. Bila saya cakap 'hah?' (tak faham) dan minta ulang balik, confirm kena tinggi suara dengan jelingan. 

"Tahu apa dia cakap? Ubak comor (ubat sapu). Ulang balik, masih cakap comor. Dah tahu saya orang luar, kenapa nak ulang balik (perkataan) sama?" kongsi wanita itu.

  • Berpindah negeri perlukan masa untuk sesuaikan diri.
  • Wanita ini sukar faham loghat Kelantan walau dah dua tahun menetap di negeri itu.
  • Komunikasi harian jadi cabaran, termasuk di klinik.
  • Dia harap bahasa standard diguna di tempat rasmi.
  • Ramai netizen pernah alami situasi serupa.

Dalam hantaran sama, wanita itu turut bertanya sekiranya dia patut mengadu hal itu kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa).

Tambahnya lagi, dia berharap penggunaan bahasa yang lebih standard dapat dimartabatkan dalam urusan di hospital, sekolah dan sebagainya.

"Bagi saya, bila melibatkan urusan profesional termasulah pejabat, hospital, sekolah dan sebagainya, gunalah bahasa Melayu standard.

"Sikit-sikit yang hujung, contoh 'makan' sebut 'make' tu masih lagi boleh difahami. Tapi kalau lain terus macam basikal disebut gerek, tak semua orang faham," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang kata rakyat Kelantan berpuak-puak” - Gadis ‘luar’ ini tak setuju, jadi obses lepas masuk ‘Serambi Makkah’

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restu

Hantaran wanita itu menerima pelbagai komen netizen, malah beberapa individu mengakui mereka juga pernah berdepan situasi sama.

"Faham. Teruk kena masa awal-awal duduk sini dulu. Paksa kita cakap bahasa dia. Tak tahulah kenapa. Tapi kalau mereka pergi tempat orang, tak ada pula nak belajar loghat orang lain.

"Masalah Kelantan dari dulu macam ni. Aku kawan dengan semua negeri-negeri semenanjung. Tapi yang buat perangai macam ni mesti orang Kelantan.

One week has passed since the campaigning period begins for the state elections and it looks like Kelantan will remain a “green” state.

Kelantan antara negeri yang popular dengan loghat tersendiri. -Gambar hiasan

"Tujuh tahun dah aku duduk Kelantan, kahwin dengan orang Kelantan 20 tahun. Tak kuasa nak cakap Kelantan. Aku cakap style Johor je.

"Tak ada apa kot. Cuma awak tak biasa jadi orang luar. Benda ni memang selalu berlaku kepada orang yang merantau," tulis beberapa netizen.

 

Artikel Lain