suria

Wanita buntu, air mata berjurai-jurai tiap kali buang air besar! - “Aku tak sembelit atau meneran”

Segelintir individu berdepan situasi pelik yang mana mereka akan menangis ketika membuang air besar. -Gambar hiasan AI

MEMBUANG air besar dan air kecil merupakan proses fisiologi normal yang dialami setiap manusia.

Namun, seorang wanita tular di platform Thread selepas berkongsi tabiat 'luar biasa' yang dialaminya setiap kali membuang air besar.

Dalam hantaran itu, wanita tersebut mengakui sering menangis ketika berak dan lebih aneh, dia sendiri tidak tahu puncanya.

Individu yang berdepan perubahan kesihatan yang aneh boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. -Gambar hiasan AI

"Maaf nak tanya, soalan agak menjijikkan. Aku tertanya-tanya... apabila buang air besar, automatik air mata aku berjurai keluar.

"Bukan sebab aku alami sembelit atau meneran. Tapi memang begitu. Nak tanya, adakah aku seorang saja atau orang lain pun ada juga?

"Aku seorang ke macam ni dalam dunia? Tanya suami, dia kata saya pelik," tulis wanita itu.

  • Seorang wanita sering menangis setiap kali berak.
  • Dia menangis bukan disebabkan sembelit atau kesakitan.
  • Wanita itu tertanya-tanya sama ada orang lain turut alami perkara sama.
  • Netizen berkongsi pengalaman serupa, termasuk adik mereka yang alami hal sama.
  • Hello Doktor jelaskan ia normal akibat tindak balas sistem saraf tubuh.

Masalah yang kedengaran aneh dan jarang berlaku itu sebenarnya turut dialami beberapa individu lain.

Menurut seorang individu di ruangan komen, adiknya juga berdepan situasi sama.

"Kes ni macam adik saya. Sampai umur dah masuk 30-an. Keluar jamban macam orang putus cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh 'redflag'! Anak berak pun mengadu, susu dibekal tak luak... Paling risau si kecil menangis macam fobia

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya betul-betul meremang” - Lelaki mohon maaf pandu cara berbahaya, badan gigil nak berak

"Dia kata air mata meleleh. Padahal bukan sembelit pun," kongsi individu itu.

Namun, rata-rata netizen dilihat meninggalkan komen jenaka di ruangan komen kerana geli hati dengan cerita tersebut.

"Ni sebenarnya tindak balas badan awak yang tangisi perpisahan dengan tahi tersebut.

Sembelit teruk mungkin boleh menyebabkan seseorang menangis kerana menahan kesakitan. -Gambar hiasan AI

"Firasat saya, awak seorang yang sensitif. Mudah tersentuh," tulis beberapa netizen.

Menurut laman sesawang Hello Doktor, mengalirkan air mata ketika membuang air besar adalah normal.

Ia berlaku kerana interaksi antara salur darah, otot tubuh serta sistem saraf kompleks pada perut dan otak ketika membuang air besar.

Artikel Lain