SEORANG wanita yang bekerja di sektor korporat meluahkan rasa kecewa terhadap sikap suaminya kerana membuat tuduhan berat tanpa asas.
Dakwa pengadu, suaminya menuduh dia berzina di rumah mereka sendiri.
Menerusi perkongsian di media sosial, dia berkata masalah itu bermula apabila sambungan internet di rumah mereka mengalami gangguan selama seminggu.
Bertemu kaunselor antara jalan terbaik dalam mendapatkan nasihat masalah rumah tangga. -Gambar hiasan AI
"Suami jenis baran dan hari-hari membebel sebab tak dapat tengok televisyen gara-gara tiada sambungan internet. Saya dah cuba hubungi dan buat aduan tapi tidak berjaya.
"Akhirnya dengan bantuan rakan saya berjaya buat laporan kerosakan dan pihak teknikal datang ke rumah untuk baiki internet kami," katanya menerusi luahan di media sosial.
Namun, jelas wanita itu masalah mula timbul apabila juruteknik datang ketika dia bekerja dari rumah (WFH), manakala suaminya ke pejabat.
ARTIKEL BERKAITAN: Peguam ajar cara isteri mohon cerai jika suami zina, foto aib dengan skandal mungkin 'tak laku' sebagai bukti mahkamah
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hilang dara sebab zina disaran tutup aib, tak perlu cerita kepada bakal suami... Kaum Adam tak setuju, minta jujur kongsi kisah silam
Jelas wanita tersebut, dia sudah memaklumkan kepada suaminya lebih awal bahawa kakitangan teknikal akan hadir untuk membaiki internet.
"Kemudian ada isu kecil, kami bergaduh dan suami hubungi ibu saya. Dia beritahu saya benarkan lelaki lain masuk rumah semasa dia bekerja, dengan ayat entah-entah dah buat maksiat dalam rumah.
"Isu ini timbul kerana staf teknikal tersebut tertinggal alat seperti bacaan WiFi di rumah, saya maklum kepada mereka ia sudah disangkut di luar rumah in case mereka ingin ambil semula.
"Pada masa ini suami balik dan ternampak staf teknikal tersebut datang semula ke rumah dan ambil alat tersebut," katanya.
- Isteri dituduh berzina selepas juruteknik datang baiki internet ketika suami tiada di rumah.
- Fitnah timbul kerana ternampak juruteknik datang semula ambil alatan tertinggal.
- 13 tahun kahwin, suami sering mengadu hal rumah tangga kepada keluarga.
- Isteri persoal hukum lian, tuduhan zina tanpa bukti oleh suami.
- Netizen sarankan kaunseling dan lebih berhati-hati izinkan orang luar masuk rumah.
Wanita itu memaklumkan bahawa ibunya kemudian menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan selepas menerima aduan suaminya.
"Selama 13 tahun berkahwin suami suka mengadu perihal rumah tangga kepada ibu bapanya dan ibu saya.
"Selama ini saya tahu apa sahaja aduan tapi saya pekakkan telinga dan anggap itu dah memang perangai suami, tetapi isu kali ini agak besar sebab tuduhan itu fitnah," katanya.
Dia turut bertanya kepada netizen, adakah tudahan suaminya itu dianggap sebagai 'lian'.
Menerusi semakan di Jabatan Mufti Negeri Selangor, lian bermaksud sumpah laknat suami apabila ia menuduh isterinya melakukan zina.
Reaksi netizen
"Sumpah itu diucapkan sebanyak empat kali, bahawa tuduhan itu benar dan pada sumpah yang kelima ia meminta laknat daripada Allah sekiranya ia berdusta.
"Justeru, hendaklah dikemukakan terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk disahkan oleh Hakim Syarie.
"Kesan lian dalam perkahwinan adalah suami dan isteri tersebut dipisahkan dan diharamkan selama-lamanya berkahwin semula dengan isteri yang diliannya sekali pun isteri tersebut telah berkahwin dengan beberapa orang yang lain," katanya.
Sementara itu, netizen menasihati wanita itu supaya dia dan suami mendapatkan kaunseling bagi menyelamatkan perkahwinan mereka.
"Cepat-cepat kaunseling kalau mahu jernihkan hubungan kekeluargaan.
"Satu nasihat, di masa depan jangan izinkan orang lain masuk rumah apabila suami tak ada kat rumah.
"Dia nak bising bab internet tu lantak dia. Suruh dia yang cari orang baiki," katanya.