suria

Mak mentua, kakak ipar sakan sindir menantu perempuan... Dituduh malas masuk dapur, asyik nak ‘berkepit’ dengan anak

Menantu dan mentua memiliki kewajipan untuk memelihara hubungan baik dan saling menghormati. -Gambar hiasan AI

DIKURNIAKAN mentua serta ipar-duai yang baik budi pekerti menjadi idaman para wanita yang bergelar isteri.

Bagaimanapun di Thread, seorang wanita menzahirkan kekecewaan apabila mendakwa dia dibuli dan menjadi mangsa umpatan keluarga mentuanya.

Dia yang memiliki anak kecil berusia lima bulan, dikatakan berat tulang apabila mendahulukan bayinya sendiri berbanding kerja rumah.

Memelihara hubungan baik sesama ahli keluarga menjadi tunjang keharmonian institusi kekeluargaan. -Gambar hiasan AI

"Keluarga mentua buat event keluarga. Aku ada baby, baru lima bulan. Kebetulan dia menangis, tapi mereka pergi pandai-pandai tidurkan, tak bagi pun dekat aku.

"Aku perhati je, rupanya nak suruh aku buat kerja dekat dapur. Aku pun layankan je lah, nanti kata curi tulang pula.

"Siap je potong dan basuh ayam, aku pergi susukan anak aku, tapi tertidur dah budaknya. Kesian dia, tak sempat nak menyusu," menurutnya mengimbas apa yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masak, tak ada orang makan!” - Wanita sedih dipulaukan keluarga suami... Ibu mentua, kakak ipar rancak mengumpat di pagi raya

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengaku ‘hide’ posting media sosial daripada mentua, ipar... Malas hadap ‘drama’, aura cemburu tak bertempat

Bercerita lanjut, pengadu berkata dia juga terdengar perbualan antara kakak ipar dengan birasnya dalam nada sindiran.

"Kakak ipar aku cakap dekat biras... kau beranak cepat sikit tau, senang tak payah buat kerja dapur.

"Eh, kau tu setakat anak kecil laki yang jaga, lepas tu sumbat susu botol je... senang la cakap.

"Tak sangka, punyalah bergelak sakan sama-sama. Rupanya tukang mengutuk dekat belakang," tambahnya.

  • Keluarga mentua sedang melakukan persiapan untuk sebuah majlis.
  • Dia dilabel malas gara-gara mengutamakan bayinya yang baru berusia lima bulan.
  • Bahkan iparnya yang lain menawarkan untuk menjaga anak bagi pihaknya.
  • Rupa-rupanya mereka berpakat agar wanita itu turut sama melakukan kerja rumah.
  • Netizen kemudian menekankan bahawa menantu tidak sepatutnya menjadi orang gaji kepada keluarga mentua.

Dalam pada itu wanita tersebut berkata dia merasakan keluarga suaminya memiliki aura negatif bermula daripada sikap ibu mentua sendiri.

"Mak mentua aku pun sama 'naik'. Kalau dah sampai tahap ajak anak mengumpat, hal ini memang melampau.

"Keluarga kau yang beria sangat nak buat event, kenapa biras pula kena jadi bibik? Padanlah biras lain liat (malas) nak datang rumah ni, rupanya perangai masing-masing toksik," katanya.

Reaksi warga Thread

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan pengadu kerana perlu berdepan dengan keluarga mentua toksik.

Namun dalam masa sama ramai juga yang berkongsi nasib dengan keluarga mentua masing-masing setelah mendirikan rumah tangga.

"Masa anak saya masih bayi, memang fokus dekat dia je walaupun hari majlis keluarga atau mentua. Bayi memerlukan saya... dia perlukan saya melebihi orang lain.

"Perkara ini sudah biasa terjadi, maka kena selalu berkomunikasi dengan suami, fahamkan dia. Jika awak tak mahu buat kerja rumah, tinggalkan saja.

"Awak bukan bibik di rumah mentua. Jaga bayi dan kesihatan mental anda," kata sebilangan warga maya.

Artikel Lain