suria

Kasihan tengok baki e-wallet pelanggan depan ada RM2, wanita terdetik nak bantu bayar ayam gunting - “Dia tak cukup duit ke?”

Ramai pelanggan menggunakan aplikasi e-dompet untuk melakukan transaksi. -Gambar hiasan AI

RAKYAT Malaysia sememangnya dikenali dengan sikap pemurah dan suka membantu, terutamanya apabila melihat insan yang berada dalam kesusahan.

Di Thread, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang cuba membantu seorang individu ketika membeli ayam goreng gunting.

Menurut Syafika Mohd, dia terdetik untuk membantu selepas melihat pelanggan wanita itu mempunyai baki wang yang tidak mencukupi.

Ayam gunting menjadi kegemaran ramai kerana tekstur rangup dan rasa yang enak. -Gambar hiasan AI

"Saya tengah beli ayam gunting. Ada akak sebelah ni nak imbas QR. Saya ternampak baki MAE (aplikasi Maybank) dia ada RM2 je. Terdetik dalam hati, dia tak cukup duit ke? 

"Nampak dia 'tarik-tarik' agak lama kat situ. Saya macam nak offer untuk tolong bayar dulu, tapi terlalu malu nak bersuara," tulisnya memulakan cerita.

Bagaimanapun, sangkaan awalnya meleset apabila dia melihat wanita itu membuka satu lagi aplikasi yang menunjukkan baki wang berjumlah ribuan ringgit.

  • Rakyat Malaysia dikenali dengan sikap pemurah dan suka membantu.
  • Seorang wanita tular selepas hampir membantu pelanggan yang disangka tiada duit.
  • Dia kemudiannya melihat baki e-dompet wanita itu cecah ribuan ringgit.
  • Netizen puji niat murninya walaupun bantuan tak sempat diberi.
  • Ramai turut kongsi pengalaman serupa, tersalah anggap orang lain susah.

"Lepas tu dia imbas sekali lagi guna Shopee Wallet. Saya nampak baki dia RM4,000 lebih. Saya pula rasa kesian dekat diri sendiri. Nasib baik belum tolong bayarkan," ceritanya.

Di ruangan komen, netizen memuji sikap wanita itu yang berniat baik untuk membantu walaupun hasratnya tidak kesampaian.

"Dik, akak doakan selepas ini rezeki kau selalu cukup. Akak suka kau nak offer bayar. Kau seorang yang tak berkira dan suka bersedekah," tulis seorang netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Cashier biadab bertukar mesra lepas sedar berdepan pelanggan wanita baran - “Laki pun aku pernah tumbuk”

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga rancang plot cekup pelanggan setia, tiap hari datang makan tapi tak pernah bayar! Dah kantoi tetap menipu

Beberapa pelayar Thread yang lain turut berkongsi kisah mereka yang pernah berdepan pengalaman hampir sama ketika cuba membantu insan yang dilihat kurang berkemampuan.

"Saya nampak pakcik tua jual keladi. Timbul rasa kesian, saya pun belilah dua pokok. Dia buka beg, bersepah RM50 dengan RM100, tebal.

Pelanggan tidak perlu membawa wang tunai dengan adanya teknologi e-dompet. -Gambar hiasan AI

"Saya pernah nampak pakcik berkerusi roda, duduk tepi jalan makan roti canai. Saya approach untuk kongsi rezeki. Dia cakap dia bukan pengemis, makan kat luar sebab bini bising dia kolestrol tinggi kalau makan kat rumah.

"Dulu kerja restoran. Nampak pakcik pakai baju pagoda lusuh, selipar jepun. Saya nak bayar guna diskaun staf. Sekali nampak RM100 tebal dalam poket," tulis netizen.

Artikel Lain