suria

“Kau nak kena lagi?” - Ustaz sekolah agama swasta ugut murid, tak rasa berdosa hentak kepala murid dengan tumbler

Guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu meluahkan rasa kecewa selepas anaknya yang masih bersekolah rendah sekali lagi menjadi mangsa kekasaran seorang guru agama di sebuah sekolah swasta.

Menurut wanita itu, pada tahun lalu anaknya diketuk di kepala menggunakan bekas air stainless steel oleh guru lelaki selepas berlaku insiden ketika bermain dengan rakan. 

Akibatnya, kepala anaknya yang kini berusia sembilan tahun bengkak dan insiden itu menyebabkannya dia  menghubungi guru berkenaan.

Ada sebab tertentu anak enggan ke sekolah. -Gambar hiasan AI

Ada sebab tertentu anak enggan ke sekolah. -Gambar hiasan AI

"Kami sebagai parent tak bawa isu ni ke peringkat atas cuma mesej ustaz secara personal. Dia mengaku salah serta minta maaf pada kami tapi tidak pada anak. 

"Hari ni ustaz yang sama marah anak dan keluarkan ayat... kau dah lupa ke aku pernah ketuk kepala kau, atau kau nak kena lagi? Lepas tu kau mengadu kat bapa kau," katanya.

Jelas wanita itu, tindakan guru terbabit menyebabkan anaknya enggan ke sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut mak ayah susah hati, pelajar sekolah agama tutup mulut jadi mangsa buli... Ustazah pula tak berani bertindak risau diviralkan

ARTIKEL BERKAITAN: Berbaju kelawar, tak pakai bra... Rupanya ramai sakit mata, naik segan tengok pakaian ibu hantar anak ke sekolah

"Ayat anak pada saya... mommy jangan la report, nanti ustaz tu kenakan saya lagi. Lebih baik saya tak payah hadir ke kelas dia hari Rabu.

"Berani dia buat hal padahal dia berkerja di sekolah swasta. Tahun lepas kami tak panjangkan cerita sebab kesian nak menjaga periuk nasi dia.

"Tapi nampaknya dia yang tak mahu selesaikan dengan baik. Kali ini, kita selesaikan cara lain," katanya bercadang berjumpa pihak pengurusan sekolah.

  • Anak dikasari ustaz dua kali, termasuk diketuk dengan tumbler.
  • Ustaz tak mohon maaf pada murid, hanya pada ibu bapa.
  • Anak trauma, takut masuk kelas ustaz.
  • Ibu bapa mahu jumpa pengetua selepas kes berulang.
  • Netizen gesa tindakan, anggap perbuatan ustaz tak wajar.

Menurutnya, dia dan suami tidak menentang sebarang bentuk teguran atau hukuman terhadap anaknya itu.

"Aku ni tak kisah kau nak rotan anak tapi kalau dah main kepala, kau dah kenapa?

"Sampai bengkak kepala budak tu. Budak pula baru darjah dua masa tu," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Sementara itu netizen berpandangan pengadu seharusnya membuat laporan kepada pengurusan sekolah sejak kes kepala anaknya diketuk.

"Kalau sampai mencederakan fizikal, bukan mendidik dah namanya. Pukul kepala pula. Bengkak berhari-hari.

"Baik betul ibu ayahnya tak buat tindakan aduan ke guru besar. Geramnya

"Sebab masa mula-mula tu tak proper settle kan. Banyak kejadian macam begini, kejadian berulang," katanya.

Artikel Lain