suria

“Kalau nak botak, senanglah!” - Pemuda ini terkejut ramai berminat nak servis potong rambut, mesej nakal pun banyak

Foto pemuda itu yang tidak berbaju ketika menggunting rambut pelanggan tular di TikTok.

FOTO seorang tukang gunting rambut tidak berbaju tular di aplikasi TikTok sehingga ia dihujani pelbagai komen netizen.

Menerusi foto itu, kelihatan seorang pemuda berbadan sasa sedang menggunting rambut pelanggannya di dalam sebuah premis di Kota Kinabalu, Sabah.

"Boleh ke request potong rambut sikit-sikit sebab mahu datang hari-hari?

Fais kini bekerja sebagai jurulatih kecergasan.

"Boleh ke kalau saya datang, nanti awak gunting seperti ini?

"Kalau barber macam ni, hari-hari nak potong rambut," tulis beberapa netizen.

Ketika dihubungi mStar, pemuda itu yang dikenali sebagai Deller Fais, 23, berkata dia bukanlah seorang tukang gunting rambut sepenuh masa.

  • Foto tukang gunting rambut berbadan sasa tanpa baju tular di TikTok.
  • Netizen beri komen lucu dan nakal, ada yang mahu potong rambut setiap hari.
  • Fais, 23, bukan barber sepenuh masa.
  • Dia kini aktif di TikTok untuk tarik pelanggan sebagai jurulatih kecergasan (PT).
  • Fais pernah masuk pertandingan bina badan.

"Saya pernah buat part time gunting rambut. Pernahlah sikit-sikit gunting rambut sebelum ini. Gambar itu pula diambil dalam kedai kawan saya.

"Kemudiannya kongsi di TikTok. Tak sangka ia viral. Terkejut lihat banyak komen. Lagi pun saya baru je aktif main TikTok dalam dua ke tiga hari.

"Kalau ada orang nak minta saya gunting rambut, saya kena belajar lagi sebenarnya. Kalau nak botak, senanglah," ujarnya berseloroh.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Ramai tak keruan tengok jejaka sado cuci gunting, terus rasa nak potong rambut - “Abang ni barber ke tok mudim?”

ARTIKEL BERKAITAN: Tayang body di kedai makan untuk ‘lepas geram’, 2 jejaka sado tenang dilabel ‘pengotor’ - “Kalau badan tak siap, kami tak buka baju”

Senang disapa Fais, dia juga sedar menerima banyak komen nakal netizen, namun menganggapnya sebagai satu lumrah biasa dalam media sosial.

"Saya hanya abaikan komen bukan-bukan. Biasalah, ada yang suka, ada yang tak suka. Saya okey saja. Sebelum buat badan lagi memang ada (gangguan) begitu.

"Orang mesej nakal-nakal, tapi saya tak balas. Tapi kalau di ruangan komen, saya balas biasa-biasa saja," ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Fais juga pernah menyertai dua pertandingan sebelum ini.

Menurut Fais, dia sebenarnya mahu menggunakan platform TikTok untuk mencari pelanggan selepas berkecimpung sebagai jurulatih kecergasan (PT).

"Sebelum ini saya pernah sertai pertandingan Mr Sabah pada tahun 2022. Saya dapat tempat keempat dalam kategori junior body builder.

"Bulan Jun lalu saya masuk pertandingan Mr Enrich pula, dapat nombor tujuh. Kini saya bekerja sebagai PT, baru empat bulan bermula.

"Setakat ini saya ada dalam dua orang client. Jadi saya mahu cari lagi client untuk tambah pendapatan," ujarnya lagi.

Artikel Lain