BAGI mereka yang sudah lama berkhidmat di tempat kerja, pasti sudah biasa berdepan dengan pelbagai kerenah pekerja baru.
Ada yang cepat belajar, pendiam dan tidak kurang juga wujud individu suka buat 'kepala' sendiri.
Namun kisah dikongsikan seorang wanita ini mengundang rasa geram warga maya, mengenai seorang pekerja baru yang menghilangkan diri secara tiba-tiba sehingga menimbulkan tanda tanya rakan sekerja dan pihak pengurusan.
Persekitaran tempat kerja juga memainkan peranan penting dalam produktiviti pekerja. -Gambar hiasan
"Kelakarlah fresh grad dekat tempat kerja saya ni. Dia apply kerja dan masih under probation tau. Tapi selepas sebulan kerja, tiba-tiba dia MIA (missing in action).
"Mula-mula MC lepas tu terus tak ada khabar berita. Part yang kelakarnya, di saat semua tengah risau dia sakit ke apa, rupa-rupanya dia dah kerja tempat lain.
"Ya, dia kerja dekat tempat lain tanpa resign di company saya kerja ni," kongsinya dalam hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Staf Gen Z berhenti kerja selepas sehari lapor diri... Merajuk ditegur tak pandai mengira - “Dia kata kami tak mahu ajar
ARTIKEL BERKAITAN: Doktor hampir hilang sabar layan Gen Z, sihat walafiat tapi berani minta MC 3 hari! Makin geram dengar alasan budak sekolah
Menurut wanita tersebut, perkara itu hanya terbongkar apabila dia secara kebetulan terlihat status WhatsApp yang dikemas kini pekerja berkenaan.
"Dia update status WhatsApp... Alhamdulillah environment baru, tempat baru. Saya tanya HR (bahagian sumber manusia), rupanya dia tak hantar pun surat resign.
"Dengar cerita sebelum MIA, dia baru lepas kena marah dengan pengurus sebab asyik buat salah benda sama.
"Tapi itulah, kalau pun nak berhenti, buatlah cara elok. Ini main hilang macam tu je. Tak dengar pun dia ada tanya sesiapa pasal notis untuk resign kalau betul dia tak faham pasal benda ni," tulisnya lagi.
Pekerja baharu didakwa menghilangkan diri tanpa memberi sebarang makluman kepada syarikat.
Kehilangan itu terbongkar selepas rakan sekerja ternampak status WhatsApp individu tersebut.
Pekerja itu langsung tidak menghantar notis berhenti kerja secara rasmi, menyebabkan syarikat dan rakan sekerja tertanya-tanya.
Difahamkan, dia baru sahaja ditegur oleh pengurus atas kesalahan kerja sebelum terus 'hilang'.
Netizen mengaitkan sikap tersebut dengan sesetengah generasi Z yang tidak beradab.
Dia bagaimanapun tidak mengetahui sama ada pihak syarikat ada mengambil tindakan untuk menuntut ganti rugi daripada pekerja baru tersebut atau sebaliknya.
Tambahnya, tidak salah untuk berhijrah ke tempat kerja baharu namun seseorang pekerja sewajarnya mengikut proses yang sudah termaktub dalam peraturan syarikat.
Netizen rata-ratanya menganggap tindakan sedemikian mencerminkan kurangnya nilai tanggungjawab dan hormat terhadap dunia profesional, malah mengaitkan sikap tersebut dengan kerenah sesetengah generasi Z.
Sebahagian reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Begitulah adab gen Z sekarang, susah betul nak hadap. Tak beretika dan beradab langsung.
"Fresh grad memang begitu. Demand gaji besar macam gaji executive, tapi pengalaman tak ada.
"Aku tengok generasi baru sekarang macam tak endah sangat pasal disiplin waktu kerja dan langsung tak ambil serius pun kerja diorang," demikian antara komen netizen.