LAZIMNYA kita mendengar perkongsian mengenai pasangan suami isteri yang dilanda ujian apabila berada dalam fasa perhubungan jarak jauh (PJJ).
Namun berbeza pula dengan kisah pasangan ini yang diuji hebat sehingga rumah tangga mereka ibarat berada di hujung tanduk, selepas tinggal sebumbung.
"Saya dan suami dua-dua berkerja sebagai kakitangan awam. Usia perkahwinan hampir mencecah tiga tahun. Pada mulanya, saya dan suami PJJ.
"Dipendekkan cerita, sepanjang mengandung memang akan doa dapat duduk dekat dengan suami. Allah makbulkan doa saya.
Isteri cenderung untuk 'burnout' jika perlu melakukan urusan rumah tangga seorang diri. -Gambar hiasan AI
"Suami dapat kerja dan tempat kerja dia pun dekat dengan tempat kerja saya. Betul doa ibu mengandung Allah akan beri 100 peratus. Tapi sejak duduk bersama banyak yang tak kena," kongsinya dalam hantaran yang dikongsikan di laman Facebook Luahan Hati Seorang Isteri.
Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, segala-galanya berada dalam keadaan yang baik pada awalnya, namun bibit-bibit renggang antara dia dan suami mulai timbul selepas lelaki itu terlibat dalam kursus.
Dia mendakwa sikap suaminya berubah 100 peratus malah pernah dipersalahkan atas situasi yang sedang berlaku kini.
ARTIKEL BERKAITAN: Mimpi isteri curang, suami terbawa-bawa sampai alam nyata! Semua perkara nak kaitkan dengan ‘lelaki lain’
ARTIKEL BERKAITAN: Maruah di bawah tapak kaki... Teman lelaki PJJ susah payah datang KL dilayan seperti pengemis, GF bagi alasan sibuk
"Suami juga pernah cakap yang hidup dia susah sebab saya. Sebab dia perlu tinggalkan semua kelebihan yang ada di kerja lama, untuk masuk kerja baru.
"Gaji elaun semua hilang. Everything back to basic. Saya cuba dah bantu untuk cari duit tambahan nak top-up mana yang kurang. Kami kerap bergaduh sampai pernah hampir nak ke pejabat agama," ceritanya lagi.
Lebih menambahkan tekanan, suaminya bukan sahaja menolak untuk sama-sama berbincang mencari jalan penyelesaian, malah enggan menunaikan nafkah batin sehingga tujuh bulan lamanya.
Wanita ini awalnya berhubungan rarak jauh (PJJ) dengan suaminya.
Segalanya dalam keadaan yang baik, namun krisis rumah tangga bermula selepas mereka tinggal sebumbung.
Sikap suami berubah secara drastik selepas menyertai kursus, dan mula menyalahkan wanita itu atas kesusahan hidupnya dan kehilangan kelebihan di tempat kerja lama.
Konflik berterusan hingga mereka hampir ke pejabat agama, dengan suami enggan menunaikan nafkah batin selama tujuh bulan.
Isteri cuba memulihkan hubungan dengan pelbagai cara tetapi situasi kekal hambar; dia mula mengambil ubat tidur dan dirujuk ke psikiatri
"Saya cuba macam-macam cara termasuk rawatan Islam untuk lembutkan hati suami. Ajak berjalan seperti check-in untuk baiki mood kami berdua. Tapi tetap masih hambar.
"Saya dan dia macam orang asing di rumah. Bercakap sebab anak, atau nak makan apa je.
"Saya pun dah mula ambil ubat tidur dan dapat surat untuk rujuk psikiatri sebab tertekan. Sakit betul rasa ini, apa yang pelu saya lakukan lagi?" luahnya meminta pandangan warga maya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan simpati dan seolah-olah dapat menyelami penderitaan yang dialami wanita berkenaan.
Antara komen warga maya.
Malah ada yang menyarankan supaya wanita tersebut 'menyiasat' kerana dikhuatiri suaminya sedang menjalin hubungan dengan orang ketiga.
"Suami awak ada skandal ni tapi takkan nak mengaku. Semoga awak jumpa bukti dan kuat serta tabah.
"Laki dah biasa hidup macam orang bujang, jadi laki hujung minggu aje. Lepas tu apabila dah tak PJJ, dah tak bebas nak berskandal, tak bebas nak lepak-lepak.
"Hati dia untuk orang lain... kalau dia sayang isteri, kenapa dia tolak ajakan bersama? Musykil dan tak logik dek akal fikiran," demikian antara komen netizen.