BULI di sekolah bukan hanya berlaku kepada pelajar lelaki, malah perempuan juga turut menjadi mangsa.
Pengalaman ini sudah pasti akan meninggalkan kesan mendalam yang sukar dilupakan, walaupun sudah lama berlalu.
Seorang wanita di platform X turut berkongsi kisahnya yang pernah dibuli kerana kekurangan daripada segi fizikal.
Mangsa biasanya dibuli oleh pelajar senior. -Gambar hiasan AI
"Aku pernah dibuli. Puncanya sebab aku hitam (berkulit gelap). Aku tak cantik. Aku naik motor buruk pergi sekolah.
"Mereka gunting tudung dan baju aku masa perhimpunan. Aku tak cerita dekat mak ayah aku," tulis wanita itu.
Di sebalik detik hitam yang dilalui, wanita itu bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk menempuhinya.
- Pelajar perempuan juga jadi mangsa buli di sekolah.
- Wanita ini dibuli kerana rupa parasnya.
- Tudung dan bajunya digunting semasa perhimpunan.
- Pembuli masih ikut dan ejek di media sosial.
- Ramai netizen kongsi pengalaman dibuli kerana rupa.
Malah kata wanita itu, kumpulan pembuli berkenaan masih mengikuti akaun media sosialnya sehingga ke hari ini.
"Mereka suka kutuk-kutuk dan ejek aku. Alhamdulillah mental aku kuat. Ingat, Allah Maha Adil.
"Kau dan puak-puak kau masih follow dan tengok kehidupan aku tanpa terlepas setiap hari. Aku tahu kamu siapa," tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Pukul pembuli demi pertahankan diri, balik rumah bapa pula belasah... Akhirnya mangsa buli dibuang sekolah
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki terkejut, pembuli zaman belajar kini sibuk cari sekolah 'bebas buli' untuk anak - “Suami kau ni bapa segala setan”
Di ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi kisah mereka yang dibuli kerana kekurangan rupa paras ketika bersekolah.
Seorang wanita berkata dia juga menerima pelbagai gelaran disebabkan warna kulitnya.
"Samalah, saya selalu kena. Mereka panggil saya Dayang Senandung masa sekolah menengah. Tapi majoriti (pembuli) budak lelaki.
"Siap gelarkan saya perempuan paling hodoh di sekolah. Sumpah terngiang-ngiang dan tak akan lupa," tulis wanita itu.
Mangsa mungkin sukar untuk melupakan pengalaman mereka dibuli sampai bila-bila. -Gambar hiasan AI
Seorang lagi wanita turut berkongsi kisah pembulinya yang kini berdepan masalah sukar mendapatkan zuriat.
"Akak pun buruk masa sekolah. Ada sekumpulan diva acah lawa selalu cakap mereka akan kahwin lelaki kacak dan dapat anak lawa.
"Mereka cakap saya kalau dapat anak mesti hodoh. Tahun lepas nampak di Facebook, salah seorang pembuli tu, Allah tak bagi anak. Siap meratib dalam Facebook," tulisnya lagi.