KATA orang cemburu tandanya sayang dan ia normal dalam sesebuah hubungan sama ada perkahwinan atau percintaan.
Namun apabila perasaan itu agak keterlaluan, ia boleh menjadi 'racun' yang akhirnya meruntuhkan hubungan.
Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila pasangannya menunjukkan sikap cemburu melampau, bukan disebabkan dia 'melayan' lelaki lain sebaliknya hanya kerana akrab dengan abang kandungnya sendiri.
Perselisihan pendapat perlu diselesaikan menerusi komunikasi, bukan emosi. -Gambar hiasan AI
"Normal ke kalau partner macam ni? Aku cuma borak dengan abang kandung sendiri, tak ada lebih-lebih pun.
"Hubungan kami pun biasa je macam adik-beradik lain. Tapi dia cakap dia cemburu," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.
Wanita yang tidak mendedahkan identiti sebenar itu menambah, teman lelakinya juga cenderung untuk mengongkong apabila dia turut dilarang keluar sembarangan dengan rakan wanita lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami mesra chat rakan ‘office’, dah kantoi label pula isteri cemburu buta - “Pukul 2 pagi dia minta maaf dekat perempuan tu”
ARTIKEL BERKAITAN: Nikah wanita narsistik, suami rasa sia-sia masuk universiti... Dakwa diri teraniaya, isteri bijak putar belit cerita sampai jadi kes polis
"Korang pernah jumpa lelaki macam ni? Nak tahu pendapat korang," tulisnya.
Dia turut memuat naik beberapa imej tangkap layar perbualan bersama teman lelakinya itu untuk dinilai sendiri oleh warga maya.
Menerusi perkongsian tersebut, teman lelakinya meluahkan rasa tidak senang melihat keakraban hubungannya dengan abang kandung seolah-olah mereka melakukan perkara yang dilarang agama.
Seorang wanita kesal teman lelaki cemburu keterlaluan, termasuk dengan abang kandung sendiri.
Teman lelaki turut bersikap mengongkong, larang keluar bersama rakan perempuan.
Perbualan WhatsApp menunjukkan sikap tidak rasional, apabila lelaki itu persoalkan interaksi adik-beradik sebagai 'tidak wajar'.
Netizen anggap teman lelakinya tidak normal dan bersikap toksik, malah menunjukkan ciri-ciri narsisistik.
Ramai nasihatkan wanita itu supaya tinggalkan hubungan tersebut sebelum emosi dan mentalnya teruk terkesan
"Bertepuk, tarik rambut semua... ingat aku tak cemburu? Tak sedar diri duduk dekat dengan jantan lain kat rumah, gelak ketawa.
"Ingat aku percaya abang-abang hang (awak) tu?" demikian antara mesej yang dikirim teman lelakinya.
Di ruangan komen, majoriti warga maya menyifatkan teman lelakinya sebagai tidak normal serta mempunyai ciri-ciri narsisistik.
Justeru mereka menasihatkan wanita itu supaya 'angkat kaki' agar tidak terus terjerat dalam hubungan toksik.
Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Kau boleh lagi tahan perangai lelaki begini dik? Dia dah refer abang kau tu sebagai 'jantan'. Tak ada rasa hormat dan tak ada adab!
"Disebabkan kau tak boleh tukar abang, kau kena tukar teman lelaki.
"Dulu ada ex macam ni, selamat dah tinggalkan dia. Alhamdulillah lepas move on jumpa suami yang lebih baik daripada dia," komen netizen.