suria

Menantu naik angin, hilang selera terkenang perangai mentua! Memandai-mandai tambah air dalam asam pedas - “Dia kata pekat sangat”

Golongan tua biasanya mempunyai cara yang memasak berbeza dengan orang muda. -Gambar hiasan AI

BAGI sesetengah menantu perempuan, memasak di rumah mentua boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan dan penuh tekanan.

Seorang wanita turut berkongsi pengalaman tidak menyenangkan ketika memasak di rumah keluarga mentuanya menerusi satu hantaran di Thread.

Dalam perkongsian yang tular itu, wanita berkenaan meluahkan rasa marah apabila masakannya diubah suai ibu mentua tanpa pengetahuannya.

Sesetengah wanita makan hati dengan sikap mentua sendiri. -Gambar hiasan AI

"Aku pernah masak asam pedas dekat rumah ibu mentua. Dah siap masak, aku rehat dalam bilik sambil tunggu suami.

"Kemudian pergi dapur nak hidang lauk, sekali tengok asam pedas aku tiba-tiba ceroi (cair). Dia punya cair tu sampai tahap dah bertukar warna. 

"Ibu mentua aku tambah air dalam periuk, dia cakap aku masak pekat sangat," tulis wanita itu memulakan cerita.

  • Wanita berkongsi pengalaman pahit memasak di rumah mentua.
  • Dia marah apabila asam pedas yang dimasaknya ditambah air oleh ibu mentua.
  • Perubahan itu menyebabkan lauk menjadi cair dan dia hilang selera untuk makan.
  • Ibu mentua didakwa sengaja ubah masakan walaupun tidak mahu menjamahnya.
  • Akibat insiden itu, dia tawar hati untuk memasak di rumah mentua.

Menurutnya lagi, perbuatan ibu mentuanya menyebabkan dia terus hilang selera untuk menikmati asam pedas berkenaan.

Lebih menyakitkan hati, dia mendakwa ibu mentuanya sengaja mengubah masakannya walaupun tidak berniat untuk menjamahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dituduh cuba putuskan hubungan suami dengan ibu mentua, halang balik kampung - “Mereka kata aku ajak jalan-jalan”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terjerat ‘game’ kotor ibu mentua, jadi bahan umpatan dan fitnah hari kenduri… Suami tak selidik terus nak cerai!

"Aku okey je kalau dia alter sebab dia nak makan juga. Masalahnya dia tu picky eater. Dia makan masakan dia je. Orang lain masak dia tak makan pun.

"Jadi apa motif dia tambah air kalau tak nak makan? Memang aku naik angin la. Aku tak jamah pun lagi. Tak ada selera terus.

Masakan ibu menjadi kegemaran anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Dah serupa makan nasi dengan air kosong. Baik tak payah suruh aku masak daripada awal kalau nak repair apa aku buat," tulisnya lagi.

Ekoran beberapa insiden menyakitkan hati, wanita itu berkata dia sudah tawar hati untuk memasak di rumah mentuanya.

"Itu belum lagi dia banding-bandingkan masakan aku dengan dia. Sejak tu aku dah malas nak masak dekat rumah dia. Lantaklah nak cakap aku pemalas ke apa," kongsinya lagi.

Artikel Lain