HIDUP di kota besar membuatkan ramai orang lebih selesa menjaga hal sendiri tanpa mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling, termasuk jiran sebelah rumah.
Namun, seorang pengguna media sosial menarik perhatian ramai apabila berkongsi rasa curiga terhadap jirannya yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran.
Menerusi hantaran di Thread, pengadu mendakwa unit di hadapan rumahnya didiami oleh beberapa wanita, disyaki warga Indonesia.
Segelintir individu gemar mengambil tahu hal orang sekeliling. -Gambar hiasan AI
"Saya syak jiran depan rumah ni ada buat bisnes persundalan la. Saya duduk apartment. Jadi saya boleh dengar orang keluar masuk rumah apabila tutup pintu. Bayang tapak kaki bawah pintu pun boleh nampak.
"Mereka ni perempuan. Setiap kali mereka keluar atau nak masuk rumah, pintu tu akan buka slow gila. Apabila saya ada depan pintu rumah, mereka tak jadi keluar rumah.
"Selalunya mereka akan buka pintu sikit, intai dulu. kalau ada orang, dia tutup balik pintu," kongsinya memulakan cerita.
- Pengadu syak jiran terlibat aktiviti persundalan.
- Beberapa wanita disyaki warga Indonesia tinggal di unit itu.
- Pintu dibuka perlahan dan mereka intai sebelum keluar.
- Lelaki berbeza dibawa masuk guna kad akses.
- Pengadu ragu untuk buat laporan.
Dakwa pengadu, dia juga pernah terserempak dengan jirannya yang membawa beberapa lelaki berbeza ke rumah mereka.
"Nak naik ke level rumah, kena ada kad akses. Kad tu hanya boleh pergi ke level rumah kita je. Saya perasan apabila tunggu lif, akan ada seorang perempuan jemput lelaki dekat lif.
ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk tangkap jiran buat maksiat, ‘mami jarum’ pengsan depan pintu pagar! Terkejut tengok anak perempuan sendiri keluar rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Jiran naik lemak lepas sekali dibantu! 'Pantang' dengar bunyi pagar kelam kabut keluar minta tolong hantar anak ke sekolah
"Dan lelaki tu lain-lain setiap kali (datang). Mereka akan jalan sampai rumah, lepas tu akan tengok kiri kanan, nak check line clear," dakwanya lagi.
Dalam hantaran sama, dia turut bertanyakan pendapat netizen sekiranya perkara itu perlu dilaporkan kepada pihak yang berkaitan.
Lelaki dan wanita yang belum berkahwin perlu menjaga batas pergaulan mereka. -Gambar hiasan AI
"Saya rasa dah lebih enam bulan dah benda ni. Saya tak tahu patut biarkan je atau lapor kepada pemilik rumah tu atau lapor polis. Tapi mesti kena ada bukti kan?
"Macam mana nak dapat bukti tu? Saya takut saya dikira berdosa pula sebab macam bersubahat," tulisnya lagi.
Pengadu bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik di mana lokasi kediamannya.