NIAT wanita ini bekerja hanyalah mahu mencari pendapatan lebih bagi membantu suami, namun malangnya dia dipergunakan dan diberi bayaran yang tidak setimpal.
Menurut seorang individu yang membuat perkongsian di laman sosial, isterinya mengambil upah sebagai pengasuh anak kepada jiran mereka.
Namun apa yang membuatkan dia terkejut bercampur marah, isterinya bukan sahaja dibayar RM30 sebagai upah menjaga dua anak kecil untuk tempoh lima jam, malah diarahkan untuk menyapu dan membasuh pinggan tanpa bayaran tambahan.
Tangkap layar (screenshot) perbualan yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan dalam perkongsiannya.
"Isteri saya diperlakukan macam maid dekat rumah dia. Bayar sikit, isteri saya pula mengandung.
"Padahal isteri saya hanya babysitter je, (tapi) suruh itu ini. Bayar RM30 untuk lima jam. Jaga anak dia dua orang," tulisnya dalam hantaran tersebut.
Menurut lelaki berkenaan, isterinya bersetuju dan tidak berkira kerana sebelum ini hanya mengambil upah sebagai pengasuh sambilan sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kerja 15 minit pun harga macam tu?” - Hati abang ‘pomen’ terguris, niat baik buat servis sampai malam diperlekeh... Upah tak setimpal
ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah dianiaya pemilik homestay, 2 hari cuci rumah teres dua tingkat diupah RM50 - “Dia kata memang RM25 je sekali buat”
Namun kebaikan tersebut diambil kesempatan apabila 'majikannya' tiba-tiba menambah beberapa tugasan lain, iaitu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk.
Tambah lelaki itu lagi, isterinya bersetuju untuk melakukan tugasan yang diarahkan namun menetapkan syarat agar upahnya dinaikkan.
Tanpa disangka, majikan isterinya menolak syarat tersebut dan mahu mencari orang lain bagi melakukan tugasan berkenaan.
Lelaki itu turut memuat naik tangkap layar imej perbualan antara isterinya dengan jiran tersebut menerusi aplikasi WhatsApp.
Seorang wanita mengambil upah jaga anak jiran untuk mencari pendapatan lebih, tapi dibayar RM30 untuk lima jam.
Selain menjaga anak, dia diarahkan menyapu dan membasuh pinggan tanpa bayaran tambahan.
Kisah wanita itu dikongsikan oleh suaminya, kerana geram isterinya diperlakukan seperti pembantu rumah.
Apabila meminta upah dinaikkan, majikan wanita itu menolak dan mahu cari pengasuh lain.
Netizen mengecam majikan dan menyarankan supaya pasangan itu menetapkan syarat bayaran lebih adil.
"Setiap kali datang rumah dia kami kemas, sapu bersih-bersih sebab bersepah sangat. Pijak lantai rasa tak selesa, mainan bersepah.
"Kamu berdua juga ibu bapa, takkan tak kemas? Bukan nak complain tapi apabila dah melebih... faham-fahamlah," luahnya lagi.
Perkongsian lelaki berkenaan mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya mengecam 'majikan' isterinya yang disifatkan tidak berhati perut.
Komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Mereka menyarankan supaya isterinya tidak lagi menerima tawaran menjaga anak daripada individu yang suka mengambil kesempatan.
Malah ada yang mencadangkan agar pasangan itu menetapkan syarat dan kadar bayaran lebih wajar sekiranya ingin meneruskan kerja sebagai pengasuh.
"Mungkin isteri awak terlalu baik sampai mereka ambil kesempatan macam tu. Bayaran RM30 untuk lima jam jaga dua budak, sangat tak masuk akal!
"Bibik kemas rumah pun sejam RM20. Kenapa babysit anak campur kemas rumah lima jam RM30. Gila, aniaya orang.
"Biar je dia cari orang lain. Nak tengok dapat ke tak. Kedekut punya orang," demikian antara komen netizen.