suria

“Abi janji tak usik lagi” - Tunang kantoi ceroboh akaun bank, curi duit buat berjudi! Wanita serba salah nak ‘angkat kaki’

Judi dalam talian boleh menyebabkan ketagihan dan kesan buruk terhadap kewangan serta hubungan peribadi. -Gambar hiasan AI (kiri)

KITA pasti biasa mendengar ungkapan, setiap individu tak terlepas daripada melakukan kesilapan dan layak diberi peluang kedua.

Namun realitinya, memberi peluang kedua bukan semudah disangka lebih-lebih lagi apabila insan disayangi tergamak menghancurkan kepercayaan yang diberikan.

Itulah dilema yang menghantui seorang wanita apabila tunangnya kantoi mencuri duit simpanannya sendiri untuk tujuan berjudi.

Ketagihan yang tidak terkawal boleh menyebabkan seseorang kemurungan dan agresif. -Gambar hiasan

"Korang rasa nak bagi peluang ke? Sebab tunang curi duit saya dalam bank lepas tu buat main judi," tulisnya dalam satu hantaran di media sosial.

Biarpun tidak melibatkan jumlah yang besar dan ia merupakan kali pertama lelaki tersebut melakukan perbuatan demikian, namun dia tidak mampu untuk mengambil remeh apatah lagi individu itu adalah bakal suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang lori main judi ‘online’ kantoi dengan isteri, tertidur tapi lupa ‘off’ telefon... Anggap rezeki tak berkat, punca lambat dapat zuriat!

ARTIKEL BERKAITAN: 20 tahun abai isteri, suami kaki judi menyesal tak sudah baca luahan hati arwah di media sosial... Harap dapat bertemu di syurga

Menerusi hantaran berkenaan, dia turut memuat naik mesej dikirim tunangnya, yang merayu-rayu memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Lelaki itu juga berjanji untuk nyahpasang (uninstall) semua aplikasi berkaitan judi dalam talian (online) di telefon bimbitnya.

"Boleh tak bagi abi peluang terakhir? Abi takkan usik barang ayang tanpa kebenaran dah lepas ni. Abi minta maaf sangat-sangat kat sayang," demikian kiriman mesej berkenaan.

  • Seorang wanita buntu selepas tunangnya kantoi curi duit simpanannya untuk berjudi.

  • Lelaki itu merayu peluang kedua dan berjanji akan berubah serta berhenti berjudi.

  • Wanita tersebut berkongsi mesej permohonan maaf tunangnya di media sosial.

  • Netizen menasihatkan agar dia tidak meneruskan hubungan kerana lelaki itu sudah tunjuk red flag.

  • Ramai berpendapat tabiat berjudi sukar diubah dan boleh jejaskan masa depan rumah tangga.

Perkongsian berkenaan meraih perhatian netizen dengan majoritinya menyarankan supaya wanita berkenaan 'angkat kaki' lebih-lebih lagi tunangnya sudah menunjukkan ciri redflag yang ketara.

Bagi mereka, lelaki berkenaan tidak layak mendapat peluang kedua kerana perbuatannya bukan sekadar satu kesilapan kecil, tetapi melibatkan pengkhianatan dan tabiat buruk yang boleh menghancurkan masa depan rumah tangga.

Sebahagian daripada pandangan netizen.

"Judi adalah haram dan pasti dia akan ulang kesilapan itu. Apa lagi yang awak tak nampak? Redflag teruk dah tu.

"Run baby run. Saya sebagai orang yang pernah practice dalam undang-undang, saya nasihatkan letaklah noktah terus dalam hubungan ni. Janji dia tu semua tahi kucing.

"Dulu bekas tunang pun begini. Ketagihan judi. Banyak projek rumah tak jalan, berjuta duit orang yang bayar dekat dia tapi rumah tak siap. Akhirnya masuk penjara," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain